awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Pasar Tani Kekal Nyiur 7 naik taraf kepada Agrobazaar, bantu usahawan IKS

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
22/02/2021
01:50 MYT
Pasar Tani Kekal Nyiur 7 naik taraf kepada Agrobazaar, bantu usahawan IKS
Azman (tiga kanan) ketika hadir melawat Pasar Tani Kekal Nyiur 7 di Besut, 21 Feb, 2021. - Astro AWANI
BESUT: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mentransformasi Pasar Tani Kekal Nyiur 7 di sini kepada Agrobazaar bagi dijadikan hub produk tempatan dan industri kecil dan sederhana (IKS).
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Makanan Perladangan Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, bermula awal bulan ini pasar tani kekal berharga RM1.2 juta itu akan dimanfaatkan secara optimum.
Katanya, Agrobazaar tersebut merupakan yang pertama di Terengganu dan menjadi model untuk dikembangkan ke seluruh negeri.
"Dan saya telah mencadangkan supaya diadakan satu pangkalan data untuk dikumpulkan semua pengusaha-pengusaha tempatan.
"Sebenarnya, banyak produk tempatan di sekitar Besut, daripada produk nelayan, produk kampung, produk industri asas tani, yang boleh dijadikan sebagai sumber bekalan kepada Agrobazaar kita," katanya.
Menurutnya, Agrobazaar tersebut akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari bagi membolehkan penduduk mendapatkan keperluan harian dengan harga yang kompetitif.
Selain itu, Azman berkata, sebulan sekali FAMA juga akan menganjurkan Karnival My Best Buy di Agrobazaar tersebut bagi membolehkan orang ramai mendapatkan keperluan dengan harga yang lebih murah dan berpatutan.
Menerusi karnival itu, tambahnya, pengusaha termasuk yang menjalankan perniagaan 'food truck' sekitar daerah itu juga berpeluang untuk memasarkan produk mereka serta menambah pendapatan.
Topic Berkaitan
#Besut
#nelayan
#pasar tani
#naik taraf
#pasar tani kekal
#FAMA
#Agrobazaar
#Azman Ibrahim
#IKS
#produk tempatan
#pangkalan data
#pengusaha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.