awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasar terbuka tidak dibenar beroperasi di Padang Terap, Kubang Pasu

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
04/08/2020
12:38 MYT
Pasar terbuka tidak dibenar beroperasi di Padang Terap, Kubang Pasu
Lebih 7,000 penduduk di kawasan terlibat turut tidak dibenarkan keluar atau masuk ke dalam zon PKPD (Pentadbiran).
Semua pasar terbuka termasuk pasar tani serta pasar malam di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap tidak dibenarkan beroperasi bermula Isnin sehingga 30 Ogos depan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata ia adalah sebahagian usaha untuk menyekat penularan COVID-19 terutama Kluster Sivagangga di kedua-dua daerah itu.
Tambah beliau, kerajaan hanya membenarkan perkhidmatan penting sahaja beroperasi bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang bagi kawasan yang diwartakan sebagai zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Pentadbiran.
Katanya, antara yang dibenarkan beroperasi adalah premis perniagaan menjual keperluan harian, restoran selain perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan ke rumah serta stesen minyak.
"Semua perkhidmatan itu bagaimanapun tidak dibenar beroperasi pada sebelah malam sebab kita nak kawal susah," katanya di sini pada Selasa.
Dalam perkembangan sama, Dr Hayati menjelaskan premis perniagaan yang melibatkan aktiviti sukan dalaman seperti gimnasium dan badminton juga tidak dibenarkan beroperasi di empat mukim itu.
Beliau turut menjelaskan lebih 7,000 penduduk di kawasan terlibat turut tidak dibenarkan keluar dari zon PKPD (Pentadbiran) kecuali bagi individu yang terlibat dalam perkhidmatan penting yang diberi pengecualian.
Topic Berkaitan
#Kedah
#Kubang Pasu
#Padang Terap
#pasar
#perintah kawalan pergerakan
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#PKPD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan