awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tinggal lebih masa catat pendakwaan tertinggi tahun lepas - Imigresen
Projek Makmal Ujian MIROS perlu disiapkan ikut jadual - Ahmad Maslan
Kerajaan semak penggunaan bahan berasaskan asbestos - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaraya runtuh belum miliki Sijil Layak Menduduki

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2013
04:40 MYT
Pasaraya runtuh belum miliki Sijil Layak Menduduki
Bangunan pasaraya yang runtuh secara tiba-tiba semalam di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah disahkan belum memiliki Sijil Layak Menduduki atau CF.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Air dan Tenaga Kedah, Badrul Hisham Hashim, pasaraya itu beroperasi lebih awal sebelum CF diluluskan dan syarikat terbabit kini dalam proses permohonan untuk mendapatkan CF.
Tambah Badrul, Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) menyedari akan hal itu dan dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik pasaraya tersebut.
Beliau berkata demikian kepada media semasa lawatan ke lokasi runtuhan.
Katanya, operasi perniagaan sememangnya tidak dibenarkan di kawasan itu kerana ianya merupakan kawasan perindustrian.
Justeru itu, MDKP telah mengambil tindakan tegas menyita bangunan pasaraya itu dan lebih 20 buah premis perniagaan lain yang beroperasi berhampiran.
Pasaraya terbabit runtuh pada 9.31 pagi Selasa, kira-kira 15 minit sebelum para pekerjanya memulakan tugas.
Topic Berkaitan
#Air dan Tenaga Kedah
#Badrul Hisham Hashim
#Bandar Darulaman
#CF
#Jawatankuasa Perumahan
#Jitra
#Kedah
#kerajaan tempatan
#Majlis Daerah Kubang Pasu
#MDKP
#Sijil Layak Menduduki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan