awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca pembentangan Belanjawan 2021: Mungkinkah industri pelancongan berkubur? - MATA

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
06/11/2020
15:16 MYT
Pasca pembentangan Belanjawan 2021: Mungkinkah industri pelancongan berkubur? - MATA
MATA mempertikaikan penyaluran Geran Khas Prihatin Tambahan sebanyak RM1,000 kepada pengusaha pelancongan di Sabah sahaja. -Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR:Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) melahirkan rasa kecewa dengan pembentangan Belanjawan 2021.
Presidennya, Datuk Mohd Khalid Harun, mendakwa ia berikutan kerajaan hanya menyentuh beberapa sektor dalam industri pelancongan sahaja.
"Adakah peniaga dan penjaja PKS pelancongan yang terjejas hanya berlaku di Sabah? Bagaimana pula keadaan peniaga di Sarawak mahupun di Semenanjung? Mungkin di mata kerajaan, peniaga-peniaga selain di Sabah ini masih mengaut keuntungan pada ketika ini?
"Jadi kami tidak faham rasional kerajaan hanya menyalurkan Geran Khas Prihatin Tambahan sebanyak RM1,000 hanya di Sabah," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Tambah beliau, pihaknya kini hanya bergantung harap kepada Skim Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA sebanyak RM1 bilion yang diumumkan Perdana Menteri pada Jun lalu, namun tetap tidak berpuas hati dengan penyampaiannya.
"Penggiat pelancongan berasa seperti dipermainkan oleh pihak institusi kewangan kerana selepas lima bulan diumumkan, hanya tiga peratus dana tersebut telah diluluskan permohonannya.
"Sebab itu kami mengesyorkan supaya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menguruskan dana tersebut kerana MOTAC lebih memahami keadaan penggiat pelancongan ketika ini," ujarnya.
Beliau mengakui, mereka juga kecewa kerana harapan kerajaan dapat memberikan penyelesaian terhadap pinjaman kenderaan oleh pengusaha bas persiaran yang ditekan oleh syarikat pemberian kredit, tidak kesampaian.
"Bas-bas semuanya tidak dapat beroperasi dan memungkinkan mereka menjadi bankrap. Bukannya kena menunggu untuk penggubalan Akta Kredit Pengguna yang kita tidak tahu bila akan dibahas dan digazetkan.
"Inilah membuatkan kami sangat kecewa dengan Belanjawan 2021 kerana besar kemungkinan (sebahagian besar) daripada 3.6 juta tenaga kerja di dalam sektor pelancongan bakal hilang mata pencarian," jelasnya.
Mohd Khalid bagaimanapun mengucapkan terima kasih kerana kerajaan menyediakan peruntukan latihan kepada kakitangan syarikat penerbangan, namun mempersoalkan nasib kakitangan hotel yang terpaksa dihentikan operasi.
"Bagi pengusaha hotel yang masih mampu bertahan, mungkin mereka dapat menarik sedikit nafas lega dengan pengecualian levi tabung HRDF bermula Januari 2021.
"Mungkinkah pelancongan akan berkubur dengan Belanjawan 2021 ini? Masih adakah harapan di dalam Industri Pelancongan Malaysia?" soalnya.
Topic Berkaitan
#MATA
#pelancongan
#Belanjawan 2021
#sektor pelancongan
#peniaga
#Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan