Sebuah lagi kilang diarah tutup sementara menjadikan keseluruhan sembilan kilang menerima arahan itu susulan insiden pencemaran udara.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar, berkata selain lapan perintah tahan operasi, 147 kompaun dan notis sudah dikeluarkan setakat semalam.
Katanya, dua kilang juga sudah diserahkan arahan syor tindakan mahkamah dalam operasi penjejakan dan penyiasatan yang dijalankan.
“Secara keseluruhan, pemantauan berterusan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah mengambil tindakan penjejakan dan penyiasatan terhadap 182 premis, meningkat daripada 153 sebelum ini, bagi kesalahan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
BACA: Pasir Gudang menangis lagi?
“Sebanyak 91 kompaun buangan berjadual dikeluarkan (bertambah 18 kompaun), efluen perindustrian (10 kompaun) dan 46 Notis Arahan (bertambah 35),” katanya dalam satu kenyataan.
BACA: Kilang haram di Pasir Gudang akan ditutup - Bee Yin
Dalam perkembangan lain, Mohd Khuzzan berkata sehingga tengah malam tadi, tiada pesakit baharu dimasukkan ke dalam wad dan setakat ini keadaan masih terkawal.
“Seramai 31 pelajar dari 11 sekolah mengalami masalah kesihatan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pasir Gudang, SK Senibong, SK Kopok, SMK Desa Jaya, SK Taman Pasir Putih, SK Kota Masai 3, SK Pasir Gudang 4, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Penggawa Timur, SMK Pasir Gudang 3 dan SMK Seri Kota Puteri.
“Daripada 31 orang yang mengalami simptom sesak nafas dan muntah, 21 orang dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan saringan dan hanya seorang dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Selain itu, 18 pasukan bantuan awal psikologi yang dibentuk oleh Kementerian Kesihatan masih meneruskan perkhidmatan sokongan psikologi di sekolah yang terjejas.
Beliau turut meminta orang ramai yang melihat atau mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan
berkenaan pembuangan sisa toksik secara haram di kawasan mereka boleh menghubungi Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melalui eaduan.doe.gov.my.
Hakim Rahman
Fri Jul 05 2019
Setakat ini 9 buah kilang di Pasir Gudang telah diberi Perintah Tahan Operasi. - Foto Astro AWANI
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
JAS ambil 204 tindakan undang-undang terhadap premis gagal patuh AKAS 1974
Tindakan melibatkan pemeriksaan terhadap pelbagai sektor industri antaranya industri penyudahan logam dan salur elektrik, kertas, pengilangan logam, plastik, dan galian bukan logam.
KASA cadang denda RM15 juta bagi pihak terlibat pencemaran sisa buangan terjadual
Pihak yang melakukan pencemaran sisa buangan terjadual mungkin berdepan hukuman denda lebih berat sehingga RM15 juta, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
KASA dalam peringkat akhir penubuhan Jabatan Air Negara - Tuan Ibrahim
KASA juga dalam proses mewujudkan Syarikat Air Negara sebagai syarikat induk utiliti air yang akan berfungsi seperti syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB).
P. Pinang proaktif tangani isu import plastik kitar semula
Kerjasama dengan kedua-dua kementerian itu juga bagi memastikan supaya sisa plastik import yang tidak mematuhi piawaian dihantar pulang ke negara asal mengikut perjanjian Basel Convention.
Pasir Gudang: 9 kilang diarah tutup sementara
Sebuah lagi kilang di Pasir Gudang diarah tutup sementara, menjadikan keseluruhan sembilan kilang menerima arahan itu susulan insiden pencemaran udara.
Tiada longgokan sampah dalam hutan di Ipoh
Pengarahnya Norazizi Adinan berkata longgokan sampah yang ditularkan itu sebenarnya dikumpul di tapak sebuah syarikat yang memproses sampah sebagai bahan bakar.
Pencemaran Sungai Kim Kim: Kerajaan bakal pinda akta, hukuman lebih berat
Kerajaan akan mengambil langkah penyelesaian jangka panjang dengan meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Penguatkuasaan lebih kerap mampu cegah pencemaran toksik - NIOSH
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) menegaskan bahawa langkah penguatkuasaan yang lebih kerap dan berkesan.
Pencemaran bahan kimia: Tindakan lebih berat terhadap dalang - Peguam Negara
JABATAN Peguam Negara mengesahkan telah menerima kertas siasatan berhubung insiden pembuangan sisa toksik berbahaya di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, hari ini.
Sejumlah 100 kilang kitar semula sisa plastik haram akan ditutup - Yeo
Bagi tujuan itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) menubuhkan pasukan petugas di peringkat ibu pejabat dan negeri yang akan merancang serta melaksanakan operasi bersepadu di negeri masing-masing.