SUNGAI PETANI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan akan mempromosikan produk usahawan desa secara besar-besaran ke pasaran antarabangsa.
Beliau berkata namun, produk berkenaan mestilah berkualiti dari segi kebersihan dan pembungkusan yang menarik sebelum boleh dipasarkan ke luar negara.
"(Boleh) belajar dari Jepun ... kita bagi elok, bersih, mutu dah baik, pembungkusan dah elok, boleh jual ... saya setuju (kalau) Datuk Seri (Ahmad) Zahid (Hamidi) untuk bawa promosi besar-besaran di Dubai, Arab (Saudi) dan Eropah barang-barang (usahawan desa) ini, saya kata silakan, saya akan berikan peruntukan yang cukup," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Sungai Petani di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Anwar juga meminta usahawan desa mendapatkan pandangan dan nasihat semasa penganjuran mini karnival itu dalam usaha meningkatkan mutu pengeluaran produk sekali gus menghasilkan produk yang lebih baik dan berkualiti.
Beliau berkata usahawan desa boleh mengambil manfaat daripada penganjuran mini karnival itu untuk meningkatkan pendapatan melalui perniagaan masing-masing.
"Saya nak beritahu, KSU (Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) ada, pegawai kanan ada, dapat menteri yang begitu prihatin cari jalan bagaimana nak tingkat pendapatan usahawan desa ini. Jadi ambil peluang ini ... kita kira, ukur apa yang kerajaan telah buat," kata beliau.
Selain itu, Anwar berkata penganjuran mini karnival itu dilihat dapat memberi ruang dan peluang untuk mengangkat martabat usahawan desa.
Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan komited untuk membantu masyarakat miskin di negara ini dan telah memperuntukkan sejumlah RM460.2 juta untuk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di seluruh negara bagi tahun ini.
" (Sebanyak) 3,030 unit bina baharu (rumah PPRT) melibatkan peruntukan RM244.4 juta, (manakala) baik pulih rumah (PPRT) (melibatkan) peruntukan RM215.8 juta iaitu sebanyak 12,242 unit rumah yang menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan RM460.2 juta.
" ... tambahan untuk rakyat termiskin, ini dah lulus, dah dilaksanakan, dalam proses untuk ditingkatkan (projek bina baharu dan baik pulih rumah PPRT).
" ... jadi saya harap dengan penjelasan ini, kita boleh bagi peluang untuk kita (Kerajaan Perpaduan) terus berkhidmat kepada rakyat, kurangkan sikit ketegangan di negara kita dan bawa mesej yang jelas," kata Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023
Perdana Menteri kelihatan ceria bersama Timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) pada perasmian Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) anjuran KKDW di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani hari ini. - Foto BERNAMA
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).