awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pastikan suis kelengkapan elektrik dimatikan sebelum tinggalkan rumah - Suruhanjaya Tenaga

Bernama
Bernama
28/01/2025
13:00 MYT
Pastikan suis kelengkapan elektrik dimatikan sebelum tinggalkan rumah - Suruhanjaya Tenaga
Orang ramai yang pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina dinasihatkan agar memastikan suis kelengkapan elektrik yang tidak digunakan di rumah dimatikan. - Foto hiasan
PUTRAJAYA: Orang ramai yang pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina dinasihatkan agar memastikan suis kelengkapan elektrik yang tidak digunakan di rumah dimatikan serta mengelak daripada menggantung perhiasan perayaan pada tiang elektrik.
Itu antara tip keselamatan penggunaan elektrik dan gas pada musim perayaan yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga (ST) menerusi satu kenyataan sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut esok.
"Selain daripada itu, sila pastikan wayar kelengkapan elektrik tidak koyak atau terdedah," menurut kenyataan itu.
Suruhanjaya itu memaklumkan orang ramai juga perlu memastikan injap silinder gas ditutup sebelum meninggalkan kediaman masing-masing.
"Pastikan dapur gas memasak anda selamat dengan hanya menggunakan perkakas dapur gas yang mempunyai label keselamatan ST-SIRIM," menurut ST.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Tenaga
#suis elektrik
#injap silinder gas
#Tahun Baharu Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan