awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan khas ditubuh pantau CAAM - Anthony Loke

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
18/11/2019
10:11 MYT
Pasukan khas ditubuh pantau CAAM - Anthony Loke
CAAM yakin akan disenaraikan semula dalam Kategori 1 FAA Amerika Syarikat bagi keselamatan udara dalam tempoh 12 hingga 24 bulan. - Gambar hiasan/REUTERS/Toby Melville/File Photo
Kerajaan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi memantau usaha Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam mengembalikan status penarafan Pengawal Selia Penerbangan kepada Kategori 1.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foo, ia adalah satu daripada saranan langkah pemulihan yang diambil susulan tindakan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat menurunkan penyenaraian CAAM kepada Kategori 2 minggu lepas.
Pasukan petugas khas itu katanya akan diketuai veteran penerbangan, Datuk Ir Kok Soo Chon.
“Dengan objektif untuk mendapatkan semula status Kategori 1, pasukan petugas itu akan melaporkan kepada Menteri Pengangkutan dan ahli pihak berkuasa CAAM berhubung kemajuan dalam menyelesaikan semua hasil penilaian oleh FAA.
“Peranan Datuk Kok sebagai ketua pasukan petugas termasuklah menyelaraskan tugas pasukan khas dan mengetuai proses pembangunan dan menyemak pelan kerja, selain mengawal sepenuhnya pelaksanaan pelan kerja tersebut,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Loke berkata CAAM juga perlu mengkaji semula semua yuran dan caj semasa yang dikenakan kepada syarikat penerbangan termasuk caj menggunakan ruang udara.
Jelasnya, caj tersebut yang merupakan sumber pendapatan kepada kebanyakan pihak berkuasa penerbangan di seluruh dunia tidak pernah disemak sejak 2006.
"Semakan semula caj penggunaan ruang udara berpotensi meningkatkan pendapatan CAAM, akan membantu kita menangani isu yang dibangkitkan oleh FAA, memandangkan isu yang dibangkitkan mereka termasuk kita tidak membayar pegawai pemeriksa secukupnya," katanya lagi.
Terdahulu, CAAM melahirkan kenyakinan akan disenaraikan semula dalam Kategori 1 FAA Amerika Syarikat bagi keselamatan udara dalam tempoh 12 hingga 24 bulan.
Malaysia berada dalam Kategori 1 sejak 2003.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#CAAM
#kerajaan
#keselamatan
#Media
#penerbangan
#Putrajaya
#Syarikat penerbangan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan