KUALA LUMPUR:Hanya pasukan bola sepak negara dibenarkan menjalani sesi latihan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi.
Jelas Mohd Yusoff yang juga Ahli Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), pengumuman Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membenarkan skuad Harimau Malaya menjalani kem latihan berpusat secara kuarantin tidak melibatkan pasukan-pasukan Liga Malaysia (Liga-M).
Berpandukan prosedur operasi standard (SOP) PKP, Mohd Yusoff berkata kesemua pasukan Liga-M tidak dibenar mengadakan sesi latihan berpasukan, malah sebarang penganjuran pertandingan termasuk saingan Liga-M turut tidak dibenarkan.
"Sebenarnya keputusan ini (kebenaran skuad Harimau Malaya berlatih) tidak melibatkan saingan Liga-M, cuma atas kepentingan negara keputusan ini dibuat dan ia sama sekali tidak melibatkan pasukan dan kelab berada di negeri-negeri di bawah PKP.
"Kefahaman (keperluan skuad Harimau Malaya berlatih) Menteri tinggi kerana mungkin memikirkan ini faktor negara. Pada kita (MFL) bila PKP dilaksanakan pasukan tidak boleh adakan latihan dan kita juga tidak dapat jangkakan PKP ini akan disambung atau tidak," katanya kepada Bernama, hari ini.
Semalam, Reezal mengesahkan skuad kebangsaan dibenar mengadakan kem latihan berpusat yang pertama sejak November 2019 dengan pendekatan kuarantin di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, dalam masa terdekat.
Skuad Harimau Malaya bimbingan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe kini semakin kesuntukan masa menjelang dua aksi getir Kumpulan G saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam pada Mac depan.
Sementara itu, Mohd Yusoff berkata saingan Liga-M 2021 dijadual bermula 26 Feb, mungkin terjejas susulan keputusan kerajaan melaksanakan PKP di seluruh negara kecuali Sarawak, bermula 22 Jan hingga 4 Feb depan.
"Kita nampak, sudah timbul kesukaran mengenai penjadualan liga dan kita juga tidak pasti bila pasukan-pasukan Liga-M boleh dapat peluang berlatih untuk membuat persediaan rapi menghadapi musim baharu Liga-M dalam tempoh PKP," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 20 2021
Mohd Yusoff berkata saingan Liga-M 2021 dijadual bermula 26 Feb, mungkin terjejas susulan keputusan kerajaan melaksanakan PKP di seluruh negara kecuali Sarawak. - fotoBERNAMA
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Mampukah Hamidin terus pacu kemajuan FAM?
Isu penyebaran 'surat layang' baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
KBS yakin isu surat layang berkaitan FAM dapat ditangani
KBS yakin SPRM akan dapat menangani isu surat layang membabitkan FAM sekiranya terdapat bukti kukuh.
Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan akui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda FAM ketika ini.
Lekir nafi dapat subsidi, projek FAM
CAPO Ultras Malaya, Lekir Ahmad tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia mendapat subsidi dan projek daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).