KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri memaklumkan, pihaknya akan menambah pasukan pengurusan jenazah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi membantu kelancaran pengurusan jenazah.

"Saya di HTAR, Klang. Jumlah jenazah Muslim COVID-19 yang meningkat, menyukarkan kelancaran pengurusan jenazah. Mereka mengadu amat letih,” ujarnya menerusi ciapan di Twitternya.

Selain itu, pihaknya juga akan membantu mengubah suai kontena sedia ada agar ia boleh digunakan secara optimum dan selesa.

BACA: KKM tambah lima ambulans untuk HTAR

BACA: COVID-19: HTAR terima tambahan 2 lagi kontena untuk pengurusan mayat - Pengarah

Dalam lawatannya ke HTAR itu, beliau diberi taklimat berkenaan proses yang diuruskan oleh pihak hospital dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Walaupun tidak lagi bernyawa, Islam mengajarkan kita untuk memuliakan jenazah dengan memastikan dua elemen dijaga dengan baik iaitu: (i) diuruskan secepat mungkin dan (ii) diuruskan dengan penuh kehormatan,” katanya lagi.


Hospital Sesak | HTAR bakal terima tambahan dua kontena