awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan Peninjau Khas dijangka tiba di Damsyik malam ini

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2023
15:54 MYT
Pasukan Peninjau Khas dijangka tiba di Damsyik malam ini
Pasukan ini terdiri daripada wakil NADMA, KKM, PDRM, ATM, PBSM dan MERCY Malaysia. - Foto Twitter @MYEmbBeirut
KUALA LUMPUR: Pasukan Peninjau Khas ke Damsyik yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala, Datuk Norman Muhamad dijangka tiba melalui jalan darat dari Beirut malam ini.
Pasukan itu yang berlepas pada Selasa, turut disertai 20 ahli yang terdiri daripada wakil Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta wakil Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan MERCY Malaysia.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri memaklumkan pasukan ini ditugaskan untuk mendapatkan gambaran sebenar dan membuat penilaian mengenai bentuk bantuan kemanusiaan yang diperlukan, selain membina jaringan komunikasi dengan pihak berkuasa di Syria, termasuk mengenal pasti laluan yang selamat bagi misi penghantaran bantuan.
Sementara itu, dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah bersiap sedia untuk berlepas ke Damsyik pada 18 Februari ini bagi membawa bantuan kemanusiaan dari Malaysia.
Rakyat Malaysia yang mahu menyumbangkan barang keperluan boleh berbuat demikian dengan menghantar ke pusat pengumpulan di bawah seliaan NADMA dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), manakala sumbangan tunai pula boleh disalurkan ke Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN).
Topic Berkaitan
#Pasukan Peninjau Khas
#Damsyik
#NADMA
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan