awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan SAR kesan koordinat panggilan telefon terakhir pendaki Malaysia

Bernama
Bernama
11/04/2015
06:14 MYT
Pasukan SAR kesan koordinat panggilan telefon terakhir pendaki Malaysia
Panggilan telefon yang dibuat Lee pada lewat tengah hari Ahad akan membolehkan kawasan pencarian diperkecilkan dalam operasi SAR hari ini. - Gambar Fail
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya mengesan koordinat panggilan telefon terakhir dibuat pendaki amatur Malaysia, Dennis Lee Thian Poh yang dilaporkan hilang semasa merentasi laluan Pokhara-Mustang di barat Nepal pada Ahad lepas.
Kaunselor/Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Fadli Adilah berkata panggilan telefon yang dibuat Lee pada lewat tengah hari Ahad akan membolehkan kawasan pencarian diperkecilkan dalam operasi SAR hari ini.
"Kami amat positif dan menaruh harapan tinggi berikutan semua pasukan mencari yang terlibat sedang meneruskan usaha mencari pagi ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi dari sini, hari ini.
Pasukan 15 anggota polis Nepal mengetuai operasi SAR untuk mengesan Lee, dengan bantuan penduduk kampung dan tiga ekor anjing pengesan sejak semalam.
Lee, 47, menyertai lapan kenalan dari Filipina untuk mendaki gunung Annapurna di Nepal.
Anggota kumpulan hanya menyedari kehilangan Lee di Trek Khopra Danda di kawasan Ghorepani pada Ahad lepas, hari pertama pendakian mereka.
Topic Berkaitan
#Dennis Lee Thian Poh
#Kathmandu
#pendaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan