CHUKAI: Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih minggu lepas di sini, terus komited untuk mengesan dua lagi mangsa dengan masih memfokus pencarian di Sektor A dan Sektor B, hari ini.
Dua mangsa yang masih hilang ialah Putri Nur Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Zon A merangkumi kawasan lokasi kejadian iaitu dari Menara Sapura ke jambatan Kampung Teladas, manakala, Zon B bermula dari belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Putih menghala ke ladang di Pos Kawalan Hadapan (PKH) sehingga ke kawasan perangkap sampah Sungai Pinang.
Seramai 219 anggota terlibat dalam operasi di hari keenam hari ini, membabitkan pelbagai agensi penyelamat yang diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), menggunakan anjing pengesan K9 dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
Setakat ini lapan orang terkorban dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih pada Sabtu lepas, manakala dua lagi masih hilang.
Jenazah lapan mangsa itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang pada Selasa dan Rabu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023
Seramai 219 anggota terlibat dalam operasi SAR pada hari keenam hari ini. - Gambar/ Bernama
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Air Terjun Kota Tinggi masih ditutup atas faktor keselamatan
Kawasan rekreasi terkenal Air Terjun Kota Tinggi masih ditutup kepada orang ramai atas faktor keselamatan.
Tragedi 'water rafting': Kak Chik sempat hantar gambar 'selfie' sebelum lemas
Perkara itu dikongsikan adiknya mengenai kenangan akhir bersama arwah selepas menerima gambar dalam kumpulan WhatsApp keluarga pada Jumaat.
Tragedi 'water rafting': Polis rakam keterangan peserta, pengendali sukan air
Polis sudah merakam keterangan 19 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden kepala air yang meragut nyawa tiga kakitangan ketika melakukan aktiviti 'water rafting' di Gopeng.
Tragedi ‘water rafting’: 'Bot terbalik' - Polis jelaskan bagaimana kejadian berlaku
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat mengesahkan kejadian bot terbalik di Sungai Jahang berlaku akibat kepala air selepas hujan.
Tragedi 'water rafting': Khairul Hakim ringan tulang, jaga ibu hingga akhir hayat - Abang
Muhamad Nazri berkata, adik bongsu daripada enam beradik itu banyak membantu keluarga terutama dalam hal ehwal penjagaan ibu bapa mereka.
Traedi 'water rafting': Aktiviti riadah, sukan air daerah Kampar dihentikan
Keputusan itu dibuat susulan daripada kejadian kepala air di laluan Sungai Kampar dan Sungai Jahang sehingga meragut tiga kematian.
Tragedi 'water rafting': Nanta ucap takziah kepada keluarga tiga staf JKR lemas
Menurut Nanta, berita mengenai kejadian tersebut amat menyedihkan bagi pihak Kementerian Kerja Raya terutamanya Jabatan Kerja Raya.
Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting'
Tiga individu meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti rakit arus deras di Sungai Kampar di sini, pada Jumaat.
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
Kebun sawit dipenuhi pasir selepas banjir
Pasir dan batu kecil dihanyutkan ke kawasan kebunnya yang terdapat kira-kira 80 pokok sawit selepas tembok batu di tebing sungai runtuh.