KUANTAN:Semua pihak perlu patuh kepada titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menghentikan perbuatan 'politiking' (mainan politik) yang boleh menggugat kestabilan pemerintahan negara.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keutamaan pada masa kini adalah semua rakyat Malaysia perlu 'bergerak bersama-sama' bagi membendung pandemik wabak COVID-19 yang sedang melanda negara.
"Saya percaya gerakan untuk membendung pandemik COVID-19 akan diberi tumpuan khusus pada pembentangan Belanjawan Negara 2021 tidak lama lagi.
"Kerajaan Negeri Pahang menjunjung kasih atas titah Seri Paduka yang memberi kepercayaan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus memimpin negara terutamanya dalam menangani isu penularan wabak pandemik COVID-19," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Semalam, Istana Negara dalam kenyataan medianya memaklumka Al-Sultan Abdullah bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara atau mana-mana bahagian negara Malaysia buat masa ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka Baginda turut mengingatkan ahli politik untuk memberhentikan segera segala 'politicking' yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.
Sementara itu di Negeri Sembilan, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata titah Baginda itu juga memastikan negara dapat dipacu dengan lebih baik termasuk dalam soal memperkukuhkan ekonomi.
"Tuanku dan Raja-Raja (Melayu) telah membuat keputusan dengan penuh hikmah dan bijaksana bagi memastikan kelangsungan pembangunan negara, ekonomi dan permasalahan rakyat dapat diselesaikan dengan lebih baik dan teratur," katanya di Seremban, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian "Supply Agreement of Renewable Energy" antara Majlis Bandaraya Seremban, Tenaga Nasional Berhad dan GSPRX Sdn Bhd, hari ini.
Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan dalam kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebooknya pula berkata keputusan Yang di-Pertuan Agong sewajarnya mendorong semua pihak tampil demi kepentingan nasional untuk bersama-sama kerajaan dalam memerangi pandemik global ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Rantau berkata keputusan berkenaan juga telah mempertahankan Perlembagaan, mengiktiraf kerja keras dan sumbangan luar biasa petugas kesihatan dan barisan hadapan negara serta mengutamakan kepentingan rakyat.
"Patik yakin kerajaan Perikatan Nasional akan mengusahakan apa jua yang sewajarnya untuk menterjemahkan keputusan bijaksana ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 26 2020
Wan Rosdy berkata keutamaan pada masa kini adalah semua rakyat Malaysia perlu 'bergerak bersama-sama' bagi membendung COVID-19. - Bernama
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Pahang catat KDNK melebihi pertumbuhan nasional dua tahun berturut-turut
Pahang merekodkan pertumbuhan KDNK 10.8 peratus berbanding purata nasional iaitu 8.7 peratus pada 2022.
Keluasan tanah rizab Melayu di Pahang meningkat - Wan Rosdy
Keluasan tanah rizab Melayu semasa di Pahang ialah 444,074 hektar, 12.34 peratus daripada keluasan negeri ini iaitu lebih 3,597,206 hektar.
Bayaran BKK satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam Pahang
Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan BKK sebanyak satu bulan setengah gaji kepada penjawat awam negeri yang akan dikreditkan pada tahun hadapan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Perjanjian jual beli tanah di Gebeng berstatus tanah pajakan
Wan Rosdy berkata penjualan tanah ini adalah untuk tujuan pembangunan industri dan bukan perkara baharu, serta meminta rakyat tidak terkeliru dengan persepsi negatif.
Penduduk Pahang diminta bersiap siaga hadapi Monsun Timur Laut
Penduduk di negeri ini diminta bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) atau lebih dikenali musim tengkujuh di Malaysia yang dijangka bermula esok sehingga Mac tahun depan.
Sekolah politik akan direalisasi segera selepas perbincangan modul - Wan Rosdy
Beliau berkata, perbincangan lanjut mengenai modul dan silibus sekolah berkenaan akan diadakan dalam masa terdekat.
Permohonan maaf Najib bukan raih simpati - Wan Rosdy
Usaha yang dilakukan bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga jelas memperlihatkan sikap beliau yang bertanggungjawab, kata Wan Rosdy.
Banjir: Elak pertindihan bantuan, NGO disaran hubungi PKOB
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata perkara itu perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang pertindihan ketika memberikan bantuan.
Pahang harap R&R LTU diteruskan demi keselesaan, keselamatan pengguna
Meskipun kos mencecah dua kali ganda, kerajaan negeri harap pihak kementerian beri pertimbangan sewajarnya untuk teruskan pembinaan.