awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayaran BKK satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam Pahang

Bernama
Bernama
29/11/2024
03:50 MYT
Bayaran BKK satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam Pahang
Wan Rosdy berkata kerajaan negeri juga turut bersetuju untuk menerima pakai SSPA sebagaimana diumumkan kerajaan Persekutuan. - Foto fail/BERNAMA
KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan bantuan khas kewangan (BKK) sebanyak satu bulan setengah gaji kepada penjawat awam negeri yang akan dikreditkan pada tahun hadapan.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2025 dengan tema 'Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan' berkata bayaran berkenaan melibatkan keseluruhan peruntukan berjumlah RM33.3 juta.
"Sebagai menghargai sumbangan dan motivasi kepada mereka untuk meneruskan kerja baik dan meningkatkan pencapaian di masa hadapan, saya mengumumkan suatu bantuan khas kewangan kepada anggota perkhidmatan awam Kerajaan Negeri Pahang.
"Untuk itu, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji kepada setiap penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan Pahang," katanya di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri juga turut bersetuju untuk menerima pakai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebagaimana diumumkan kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata pelaksanaan SSPA yang akan mula dibayar bermula Disember 2024 sebanyak lapan peratus dan baki tujuh peratus bermula Januari 2026, melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM55.014 juta.
"Selain itu, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh penjawat awam yang terus menerus memberikan dukungan dan keyakinan dalam melaksanakan amanah ini. Sikap profesionalisme dan saling menghormati menjadi adunan penting dalam memastikan Pahang kekal maju dan makmur," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan khas kewangan
#penjawat awam
#Wan Rosdy Wan Ismail
#Belanjawan Pahang 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan