awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Patuhi arahan mahkamah potong gaji pekerja culas bayar nafkah

Bernama
Bernama
06/04/2022
03:59 MYT
Patuhi arahan mahkamah potong gaji pekerja culas bayar nafkah
MOHD SHAFIQ: Langkah itu selaras dengan hasrat kerajaan dalam memelihara kebajikan wanita dan anak-anak yang terkesan dengan masalah penceraian. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua jabatan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap sebarang perintah terutamanya arahan pemotongan gaji yang diputuskan Mahkamah Syariah ke atas penjawat awam di bawah seliaan mereka, khususnya dari aspek pembayaran nafkah.
Menerusi surat edaran ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah hari ini, langkah itu selaras dengan hasrat kerajaan dalam memelihara kebajikan wanita dan anak-anak yang terkesan dengan masalah penceraian.
“Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing masing, arahan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya.
Pada 8 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan perasmian sempena Majlis Sambutan Hari Wanita, mengumumkan bahawa dalam membantu golongan wanita yang terkesan disebabkan isu penceraian, kerajaan telah meminda Akta Pembiayaan Kewangan yang membolehkan pihak bank membekukan akaun bank suami atas arahan mahkamah.
Selaras pindaan itu, pihak bank juga dibenarkan membuat bayaran daripada akaun suami yang telah dibekukan tersebut kepada isteri sekiranya isteri ada membuat tuntutan melibatkan wang ringgit di mahkamah melalui kaedah dikenali sebagai Hiwalah.
Topic Berkaitan
#mahkamah syariah
#nafkah
#culas nafkah
#potong gaji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan