Individu yang mempunyai faktor risiko kesihatan digesa agar mematuhi ketat nasihat doktor berhubung kunjungan mereka ke pusat-pusat rekreasi air bagi mengelak jangkitan air kencing tikus.
Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, penghidap diabetes, penyakit paru-paru kronik, penyakit buah pinggang atau penyakit lain yang merendahkan daya tahan badan (imuniti) tidak digalak mengunjungi pusat-pusat rekreasi tersebut.
"Ini kerana golongan ini lebih berisiko untuk mendapat jangkitan. Elakkan diri daripada bermain air atau bermandi-manda di sungai atau kolam jika terdapat luka atau kudis di kulit.
"Jika terpaksa terdedah kepada air, tutup luka atau kudis tersebut dengan sempurna dengan plaster yang kalis air," katanya dalam satu kenyataan.
Nasihat itu dikeluarkan ekoran kematian seorang budak perempuan di Yan dua hari lepas dipercayai akibat terkena jangkitan air kencing tikus atau leptospirosis.
Dr Norhizan berkata pengunjung ke pusat rekreasi dinasihat agar menggunakan bekalan air yang selamat untuk minum atau membasuh makanan dan peralatan.
Jika jika tiada bekalan selamat disediakan, pengunjung hendaklah membawa bekalan air sendiri.
"Orang ramai dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan jika mendapat gejala demam, sakit kepala, sakit otot, loya atau muntah, dalam tempoh dua minggu dari tempoh mengunjungi tempat-tempat rekreasi (seperti kawasan air terjun, air sungai, tasik, kolam).
"Sentiasa menjaga kebersihan persekitaran bagi mengelakkan kehadiran perumah haiwan khususnya tikus yang meningkatkan risiko pencemaran dengan bakteria berkenaan.
"Sampah sarap dan sia-sisa makanan yang tidak dilupuskan secara sempurna mengundang kehadiran haiwan ini," katanya.
Bernama
Mon Dec 08 2014
Nasihat dikeluarkan Datuk Dr Norhizan Ismail ekoran kematian seorang budak perempuan di Yan dua hari lepas dipercayai akibat terkena jangkitan air kencing tikus. - Gambar fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Chikungunya: Bilangan mangsa bertambah, lokasi baharu turut dikesan
Kesemua empat mangsa terbaharu itu adalah penduduk dan peniaga berusia antara 39 hingga 60 tahun yang tinggal berdekatan deretan kedai di pekan Simpang Kuala.
Laksa kebok Kedah boleh beroperasi semula sekiranya...
Kementerian Kesihatan Kedah akan membenarkan pengusaha laksa kebok memulakan perniagaan kembali dalam masa terdekat ini sekiranya ia didapati mematuhi piawaian penyediaan makanan yang bersih.
Wanita terjatuh dari tingkat 5 Hospital Sultanah Bahiyah
Seorang wanita patah tulang belakang apabila terjatuh dari tingkat lima Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini petang semalam.
11 kes baru disyaki jangkitan Rotavirus di Kedah
Katanya, jumlah kes baru yang dilaporkan itu menjadikan keseluruhannya 18 kes sehingga lewat petang Ahad, melibatkan pengunjung Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, di Baling.
Peniaga 'biskut berasap' tutup kedai
Menurut Pengarahnya, Datuk Dr Norhizan Ismail tindakan itu dipercayai bagi mengelak dikenakan tindakan selepas jabatan itu turun melakukan pemeriksaan susulan aduan daripada pengguna.
Kedah catat kes penolakan vaksin pelalian tertinggi
Kedah mencatatkan kes penolakan vaksin pelalian tertinggi di negara ini dengan 318 kes dilaporkan pada 2015 berbanding 239 kes pada 2014.
Bomba bantu pindah pesakit obes
Kakitangan Hospital Alor Setar terpaksa meminta bantuan bomba bagi mengangkat seorang pesakit obesiti ke dalam wad rawatan.
Patuhi nasihat kesihatan bila kunjung pusat rekreasi air - Pengarah Kesihatan Kedah
Penghidap diabetes, penyakit paru-paru kronik, penyakit buah pinggang atau penyakit lain yang merendahkan daya tahan badan (imuniti) tidak digalak mengunjungi pusat-pusat rekreasi.