awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Patung lilin Lee Chong Wei di Madame Tussauds Singapura

Faida Rahim
Faida Rahim
13/10/2022
07:00 MYT
Patung lilin Lee Chong Wei di Madame Tussauds Singapura
Selepas pelancaran figura lilin Tan Sri Michelle Yeoh pada 2015, Chong Wei menjadi figura Malaysia kedua yang bakal menarik perhatian ramai. - Foto BERNAMA
SINGAPURA: Figura lilin jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kini dipamerkan di Madame Tussauds Singapura.
Menerusi laman Instagram, Chong Wei yang merupakan bekas pemain nombor satu dunia dilihat teruja bergambar bersama patung lilinnya yang akan menjadi tarikan di Singapura.
Dalam hantaran sama, Lee Chong Wei menulis kapsyen ringkas “Pelancaran figura lilin saya di Madame Tussauds Singapura.”
View this post on Instagram
A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial)
Dalam masa sama, rata-rata pengikutnya meninggalkan komen tahniah atas kejayaan mendapat pengiktirafan serta menjadi sebahagian daripada personaliti dunia yang diabadikan di muzium berkenaan.
“Legenda sebenar! Antara legenda dalam dunia suka yang saya kenal dan hormati,” tulis pengguna akaun @benzhoo.
“Lencana Malaysia di dada. Terima kasih Datuk sekali lagi mengharumkan nama negara,” tulis pengguna akaun @haselnad.
Terdahulu, selepas pelancaran figura lilin Tan Sri Michelle Yeoh pada 2015, Chong Wei menjadi figura Malaysia kedua yang bakal menarik perhatian pengunjung dari seluruh dunia ke negara kota singa itu.
Topic Berkaitan
#Lee Chong Wei
#Chong Wei
#patung lilin
#Madame Tussauds Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan