Tindakan seorang lelaki berbogel sambil menunggang motosikal dalam keadaan bersahaja sudah dihantar ke hospital oleh keluarganya untuk menerima rawatan.

“Lelaki tempatan berusia pertengahan 30-an itu mempunyai sejarah penyakit mental,” kata Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar dalam satu kenyataan hari ini.

Polis berjaya mengesan lelaki itu susulan siasatan yang dijalankan selepas sekurang-kurangnya tiga rakaman video lelaki bogel berkenaan menunggu motosikal di Teluk Intan tersebar di media sosial.

Menurut laporan Sin Chew Daily, lelaki itu berada dalam keadaan keliru dan disyaki di bawah pengaruh dadah.

Lelaki berkenaan dilaporkan berlegar di sekitar Jalan Pasar dan Jalan Maharajalela.

"Ada beberapa saksi melaporkan dia menunggu di hadapan lampu isyarat dengan tenang. Dia kelihatan seperti tidak sedar bahawa dia sedang berbogel," kata laporan itu.

Tambah Marzukhi, polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.