Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan bantuan kewangan kerajaan berjumlah RM300,000 kepada bahagian UMNO yang mahu menubuhkan koperasi peruncitan dan pemborong.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata bantuan itu bagi mewujudkan lebih banyak saluran menjual barangan keperluan pada harga lebih murah kepada rakyat.
Beliau berkata peruntukan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan itu melibatkan pemberian geran sebanyak RM150,000 dan pinjaman berjumlah RM150,000.
"Boleh buka koperasi baru atau guna koperasi sedia ada di kawasan masing-masing, ini tawaran kita...jual barangan untuk rakyat dengan harga berpatutan," katanya dalam ucapan penggulungan perbahasan usul pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
LAPOR LANGSUNG Perhimpunan Agung UMNO 2016 (Hari Akhir)
Menurutnya langkah itu merupakan satu daripada usaha kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menangani isu kos sara hidup rakyat, yang banyak dibangkitkan anggota perwakilan pada perhimpunan kali ini.
Dalam pada itu, Najib berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disifatkan sebagai 'dedak' oleh sesetengah pihak, merupakan inisiatif kerajaan membantu rakyat hasil cadangan Bank Negara Malaysia.
"Saya nak beritahu, BR1M bukan cadangan saya, tetapi prosedurnya, keputusan (dibuat) atas nama Perdana Menteri.
"...ia seolah-olah saya nak beli undi...bukan. Saya nak tolong rakyat susah," katanya sambil mengumumkan pembayaran BR1M tahun depan antaranya akan turut melibatkan pemberian secara terus oleh pemimpin UMNO di kawasan masing-masing.
Dari segi masalah pemilikan rumah, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pelbagai inisiatif diambil oleh kerajaan, yang tidak dilaksanakan di mana-mana negara lain.
Antaranya adalah Projek Perumahan Rakyat, Rumah Transit Belia dan terbaharu MyBeautiful New Home (MyBN).
Najib menjelaskan menerusi skim Rumah Transit Belia yang inovatif, penyewa akan membayar sewa sebanyak RM800 dengan RM300 daripadanya adalah 'simpanan paksa', yang akan diserahkan kembali selepas tempoh lima tahun bagi membolehkan golongan berkenaan membeli rumah di pasaran.
"MyBN pula kita subsidi RM20,000, kos rumah RM40,000...(selama) 20 tahun bayar balik dan akan mula di Perak. Kita akan buat tahun depan. Inilah keprihatinan kerajaan UMNO dan BN," kata beliau. -- Bernama
Bernama
Sat Dec 03 2016
peruntukan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan itu melibatkan pemberian geran sebanyak RM150,000 dan pinjaman berjumlah RM150,000. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
PAU2016: Bantuan kewangan RM300,000 untuk bahagian tubuh koperasi - Presiden UMNO
Bantuan itu bagi mewujudkan lebih banyak saluran menjual barangan keperluan pada harga lebih murah kepada rakyat.
Presiden UMNO palu gendang ajak anggota UMNO fokus PRU14
Tumpuan dan fokus hala tuju diberikan untuk menghadapi pilihan raya umum bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang bergaya, dan bukannya pada pemilihan parti.
Pasukan petugas pantau gerakan revolusi warna ditubuhkan - TPM Zahid
Pasukan petugas itu terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.
'UMNO akan selesaikan isu berkaitan Felda' - Presiden UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia termasuk isu khususnya pembayaran buah kelapa sawit yang sering ditangguhkan dan isu penyata hutang tanam semula.
PAU2016: Solidariti UMNO dalam isu Rohingya
Pengumuman kehadiran perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya pada Ahad membuktikan UMNO sebuah parti yang berjiwa besar.
Wanita UMNO mahu ubah landskap
Pergerakan itu akan mempersiapkan diri sekiranya hasrat melihat 30 peratus calon wanita bertanding dalam pilihan raya umum akan datang direalisasikan.
Ahli UMNO perlu berkorban dan setia kepada parti - Hishammuddin
Di sebalik tuntutan pengorbanan, UMNO mempunyai tugas dan peranan untuk memenangi hati rakyat, dengan memenuhi keperluan mereka.
PAU2016: Puteri sedia gempur PRU-14
Puteri UMNO menggesa semua pihak bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
PAU2016: 'Wala' UMNO bukan kesetiaan membuta tuli' - Khairy
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ia bukan konsep kesetiaan membuta tuli kepada presiden dan pimpinan parti.
PAU2016: Wakil parti politik Indonesia 'tegak bulu roma' dengar seruan UMNO
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura memandang tinggi UMNO sebagai sebuah parti yang berkemampuan untuk memperjuang dan membela nasib orang Melayu di Malaysia.