awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pawagam pandu lalu digalakkan - Zahidi

Bernama
Bernama
18/09/2020
20:41 MYT
Pawagam pandu lalu digalakkan - Zahidi
Zahidi turut menasihati syarikat pawagam pandu masuk agar sentiasa memastikan pelaksanaan semua garis panduan dan SOP yang ditetapkan. - Gambar fail
Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengalu-alukan konsep pawagam pandu masuk diperkenalkan terutamanya ketika negara berdepan penularan pandemik COVID-19.
Timbalan Menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata konsep pawagam seperti itu boleh dijadikan sebagai satu platform alternatif untuk menonton filem di layar besar secara berkumpulan sambil mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Konsep ini dapat memberi peluang dan pengalaman yang baharu kepada penonton untuk menonton filem hanya dari kenderaan masing-masing," katanya dalam ucapan pada majlis perasmian pawagam pandu masuk CineDrive, di sini malam tadi.
Selain itu, Zahidi turut menasihati syarikat pawagam pandu masuk agar sentiasa memastikan pelaksanaan semua garis panduan dan SOP yang ditetapkan, termasuk saringan kesihatan, pembersihan dan disinfeksi premis serta penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan lain.
"Di samping itu, semua kelulusan yang berkaitan haruslah diperoleh daripada pihak berkuasa.
"Dengan adanya kawalan kesihatan dan SOP saya yakin pengenalan konsep baharu seperti pawagam pandu masuk ini pastinya akan menjadi satu daya penarik untuk kembali merancakkan aktiviti menonton filem," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CineDrive
#COVID-19
#filem
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#operasi
#pandemik
#pawagam pandu masuk
#SOP
#Zahidi Zainul Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan