Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus mengambil tindakan drastik bagi menangani keganasan di Aleppo, Syria dan memastikan rakyatnya diberi keutamaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata masyarakat dunia juga perlu mengutuk kemusnahan di bandar itu yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.
Menurutnya, ketika beliau mempengerusikan perbahasan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC), beberapa resolusi mengenai Syria telah dikeluarkan dan beliau berharap ia tidak hanya tinggal sebagai resolusi.
"Apa yang berlaku di Aleppo di luar perikemanusiaan dan kita tidak mahu resolusi dijadikan sebagai sandaran untuk menghalalkan tindakan agresif yang dilakukan oleh kuasa-kuasa besar.
"Jika berlaku pertelagahan, yang akan menjadi mangsa adalah rakyat dan kita dapat lihat bangunan-bangunan dan kemudahan yang ranap walaupun ada pihak mengatakan itu adalah kejayaan menghapuskan pemberontak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Imigresen, di sini hari ini.
Ahmad Zahid dalam ucapannya pada Majlis Keselamatan PBB pada September lepas memberitahu masyarakat antarabangsa bahawa selepas lima tahun yang berpanjangan, kini adalah masa untuk menyelesaikan sama sekali konflik di Syria.
Sejak 2011, beliau berkata, konflik itu telah menular dengan mencetuskan krisis kemanusiaan secara besar-besaran yang menyebabkan semua pihak berusaha keras untuk menanganinya. - Bernama
Bernama
Fri Dec 16 2016
Menurutnya, ketika beliau mempengerusikan perbahasan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC), beberapa resolusi mengenai Syria telah dikeluarkan dan beliau berharap ia tidak hanya tinggal sebagai resolusi. - fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Puak pemberontak luaskan pergerakan di bandar Aleppo, serangan udara sasar kedudukan mereka
Kebanyakan penduduk dilaporkan berkurung di rumah, manakala sekolah dan institusi kerajaan hampir sepenuhnya ditutup.
Israel lancar serangan udara di utara Syria
Daerah Sfireh di Aleppo turut menjadi sasaran, dengan laporan kerosakan dan beberapa askar cedera.
'Selamatkan saya dan adik, saya rela jadi hamba awak' - Mangsa gempa Syria
Ungkapan kanak-kanak itu dapat perhatian warganet bahawasanya kedua-dua mereka mungkin beranggapan runtuhan rumah itu berikutan serangan.
Satu dekad konflik kemanusiaan Syria - Ibrah dan refleksi
Satu dekad berlalu dan konflik kemanusian masih berlanjutan di Syria.
Rawat COVID-19 lebih trauma berbanding mangsa letupan bom Syria - Doktor zon perang
Dr David Nott dari England menyifatkan situasi berdepan krisis pandemik ini lebih getir jika dibandingkan dengan insiden pengeboman seperti di bandar Aleppo, Syria.
34 askar Turki maut, serangan udara di Idlib, Syria
Serangan udara Rusia dan Syria yang menyasarkan kawasan di antara bandar Bara dan Bilion di pedalaman Idlib, mengorbankan 34 askar Turki, dipercayai lebih ramai lagi maut.
Lembaran baharu buat si kecil berkaki 'tin'
Maya Merhi yang berusia lapan tahun, dilahirkan tanpa sepasang kaki terpaksa menggunakan tin untuk membantunya bergerak.
Derita Ghouta lebih buruk dari Aleppo, semua bantuan kemanusiaan disekat - PBB
Setiausaha Agong Majlis Pelarian Norway Jan Egeland berkata peningkatan ketegangan di Syria terutama wilayah Damsyik adalah yang terburuk sejak konflik di negara itu bermula pada 2014.
Tentera pakatan Syria-Rusia burukkan keadaan di Idlib dan Hama - PBB
Ketegangan yang memuncak di beberapa wilayah di Syria kini memaksa lebih 270,000 warga Syria menjadi pelarian di dua wilayah.
Amaran gempur oleh Erdogan boleh jejas inisiatif rundingan damai - SNC
Menurut Nasr Al Hariri, sebagai penaja rundingan damai Syria, Erdogan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan terhadap kumpulan terbabit yang terlibat secara langsung dalam siri rundingan.