awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBT di Selangor hadapi kekangan tangani isu pembuangan sampah haram

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
10/10/2016
09:59 MYT
PBT di Selangor hadapi kekangan tangani isu pembuangan sampah haram
YONG: Ini adalah dasar kerajaan negeri dan ada kekangan kerana daripada segi keluasan kawasan dan juga kekurangan tenaga kerja di peringkat agensi kita. -Gambar fail
Kekurangan tenaga kerja seperti anggota penguat kuasa menjadi antara kekangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha menangani isu pembuangan sampah haram di Selangor.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata kawasan pentadbiran yang besar juga menjadi kekangan dalam menangani masalah tersebut.
"Arahan telah diberikan kepada semua PBT dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) supaya melakukan tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang melanggar undang-undang dan menggunakan tanah sebagai tempat pembuangan sampah haram.
"Ini adalah dasar kerajaan negeri dan ada kekangan kerana daripada segi keluasan kawasan dan juga kekurangan tenaga kerja di peringkat agensi kita," katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi mengejut Majlis Perbandaran Sepang (MPS) dan PTD Sepang di dua tapak pembuangan sampah haram di Kampung Pulau Meranti di sini hari ini.
Selain tapak pembuangan sampah haram, semua PBT di Selangor juga diarah untuk membuat pemantauan dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kilang-kilang haram, terutama yang dibina di tebing sungai.
"Arahan telah dikeluarkan kepada semua PBT bagi menjalankan operasi khas dan mengambil tindakan, terutamanya kilang yang beroperasi di atas rizab sungai tanpa lesen dan kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan," katanya.
Tambahnya, kerajaan Selangor komited dalam menangani masalah pembuangan sampah haram dan kilang haram di negeri itu.
Dalam operasi itu, Yong mengarahkan tindakan membuang sampah di tanah milik persendirian itu dihentikan serta-merta dan menutup kawasan tersebut.
Selain tiga buah jentera berat, MPS turut menyita tanah yang berkeluasan hampir 30 ekar dalam operasi tersebut.
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dalam pada itu diarah membuat penilaian dan perlu mengemukakan laporan kepada kerajaan negeri untuk tindakan susulan.
Topic Berkaitan
#Ean Yong Hian Wah
#Kekurangan tenaga kerja
#kilang haram
#pbt
#pembuangan sampah haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan