PC dengan Snapdragon X dikemas kini untuk tambah baik sokongan permainan video

Perisian baharu Snapdragon Control Panel akan mengesan permainan secara automatik pada PC dengan cip siri Snapdragon X. -Foto Amanz
KOMPUTER riba dengan cip siri Snapdragon X adalah berkuasa dengan kemampuan AI yang tinggi.
Ringkasan AI
- Komputer riba dengan cip siri Snapdragon X menawarkan kemampuan AI yang tinggi tetapi masih menghadapi masalah kurang memuaskan dalam sokongan permainan video pada Windows on Arm.
- Windows dan Qualcomm melakukan beberapa kemas kini bagi meningkatkan platform Windows on Arm untuk permainan video, termasuk dengan pengenalan perisian baharu Snapdragon Control Panel yang mengesan dan tetapkan permainan secara automatik.
- Kemas kini terbaharu termasuk sokongan lebih daripada 100 permainan video pada peranti Snapdragon X, penambahan sokongan x86 Advanced Vector Extensions (AVX) dalam Microsoft Prism, dan membenarkan muat turun permainan ARM64 melalui aplikasi Xbox pada peranti Windows on Arm.
Perisian baharu Snapdragon Control Panel akan mengesan permainan secara automatik pada PC dengan cip siri Snapdragon X.
Ia kemudiannya melakukan tetapan paling optima untuk permainan supaya ia berjalan dengan lancar.
Menerusi perisian yang sama, kemas kini perisian pemandu GPU Adreno juga boleh dilakukan untuk menyokong permainan terkini.
Qualcomm berkata mereka telah menambah baik sokongan lebih 100 permainan video sejak peranti Snapdragon X dilancarkan awal tahun ini.
Perisian pengolokan Microsoft Prism kini turut menyokong x86 Advanced Vector Extensions (AVX) yang diperlukan oleh permainan video dan aplikasi yang tidak natif dengan cip Arm.
Turut dikemas kini ialah aplikasi Xbox kini membenarkan permainan yang menyokong ARM64 dimuat turun pada peranti Windows on Arm.
Sebelum ini ia sekadar menyokong penstriman permainan Xbox sahaja. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan kemas kini terbaru yang diberikan oleh Windows dan Qualcomm untuk platform Windows on Arm? A: Tujuan kemas kini terbaru adalah untuk menjadikan Windows on Arm platform lebih baik dalam menyokong permainan video.
- Q: Bagaimana perisian baharu Snapdragon Control Panel dapat meningkatkan pengalaman permainan video pada PC dengan cip siri Snapdragon X? A: Perisian baharu Snapdragon Control Panel dapat mengesan permainan secara automatik dan melakukan tetapan optima untuk memastikan permainan berjalan lancar.
- Q: Berapakah jumlah peningkatan sokongan permainan video yang telah dilakukan oleh Qualcomm sejak dilancarkannya peranti Snapdragon X awal tahun ini? A: Qualcomm telah menambah baik sokongan lebih dari 100 permainan video sejak dilancarkan awal tahun ini.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

