Baru-baru ini Proton Holdings telah menjemput pihak media untuk melihat sendiri model terbaru yang bakal dilancarkan pada 25 September nanti. Sesi ini turut disertai dengan penerangan mengenai ciri-ciri model ini; cuma atas sebab-sebab yang jelas bukan semua maklumat kereta didedahkan, dan harganya masih lagi satu tanda tanya.

Sewaktu sesi penerangan ini, model ini masih dipanggil dengan nama PCC (Proton Compact Car). Tetapi, kami juga diingatkan bahawa ini tidak bermakna kereta ini kecil. Terma ‘kereta global’ sekali lagi dibawa ke hadapan manakala proses rekaan bermula seawal 4 tahun lalu. Proses pembangunan secara khusus pula bermula 2 tahun sudah dan secara keseluruhan melibatkan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM500 juta. Proton benar-benar merancang agar PCC ini dapat membawa syarikat ke hadapan, jadi mari kita lihat sama ada resepi mereka cukup bahan-bahannya.

Nota: PCC yang kami teliti bukanlah produk yang benar-benar muktamad. Sebaliknya ia adalah model pra-produksi.

Imej kereta ini yang pernah tersiar sebelum ini (di sini) menunjukkan sebuah rekaan yang moden dan dinamik; dan itulah yang dapat kami rasakan apabila melihatnya buat kali pertama. Jika dari segi pembuatan kereta, ia satu rekaan yang rumit dengan hampir setiap panel luaran diberikan lengkungan dan lipatan ke setiap arah. Namun, ia ‘menjadi’ dan tidak terlalu semak dari segi visual kecuali pada bahagian bawah pintu-pintu (lihat gambar di bawah).

Penggunaan teknologi HPF (Hot Press Forming) bukan sahaja memudahkan proses mendapatkan rekaan rumit ini, tetapi lebih penting untuk memberi kekukuhan tambahan kepada badan PCC. Kereta ini belum lagi diuji secara rasmi oleh pihak ANCAP ataupun mana-mana pihak lain, tetapi Proton percaya bahawa PCC ini mampu untuk mendapat markah penuh 5 bintang.

Enjin-enjin 1.3L dan 1.6L yang akan digunakan adalah baru dan dilengkapi VVT untuk prestasi serta pembakaran bahan api yang optimum. Komponen seperti omboh dan injap adalah baharu.

Enjin dan platform PCC ini juga direka agar dapat mencetus beberapa lagi model lain pada masa hadapan, termasuk yang melibatkan teknologi tambahan seperti hibrid dan juga elektrik.
Buat masa ini, PCC akan datang dengan kedua-dua enjin yang tersebut tadi dan di dalam 8 varian seperti di bawah:

1.3 liter1.6 liter
94hp@5,500rpm, 120Nm@4,000rpm105hp@5,750rpm, 150Nm@3,750rpm
1.3 Standard (MT)1.6 Executive (MT)
1.3 Standard (CVT)1.6 Executive (CVT)
1.3 Executive (MT)1.6 Premium (MT)
1.3 Exectuvie (CVT)1.6 Premium (CVT)


Sudah pasti varian yang tertinggi akan mendapat kesemua kelengkapan yang terbaik, termasuk: 6 beg udara, kawalan stabiliti elektronik (ESC), sistem kawalan cengkaman (TCS), dan Hill Hold Assist.

Untuk membantu anda menggambarkan saiz PCC ini, kami sertakan ukurannya dan model-model yang seumpamanya.
MyviPCCSaga BLM
Panjang3,6903,9054,278
Lebar1,6651,7201,680
Tinggi1,5451,5502,465
Ukuran di dalam milimeter (mm)

(klik gambar untuk imej lebih besar)