awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDC akan jawab persoalan berbangkit berkenaan isu BKIP2 minggu depan

Bernama
Bernama
11/10/2023
10:39 MYT
PDC akan jawab persoalan berbangkit berkenaan isu BKIP2 minggu depan
Chow berkata pihak PDC, telah memberi keterangan mengenai projek kolaborasi yang melibatkan Umech Construction Sdn Bhd, dalam mesyuarat bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), akan menjawab segala persoalan berbangkit berkenaan isu penjualan tanah di Kawasan Perindustrian 2 Batu Kawan (BKIP2), minggu depan.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow yang juga Pengerusi PDC berkata pihak PDC, telah memberi keterangan mengenai projek kolaborasi yang melibatkan Umech Construction Sdn Bhd, dalam mesyuarat bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang, pada awal pagi tadi.
"MMK mengambil maklum keterangan PDC dan kami serahkan kepada PDC untuk bersidang minggu depan untuk mengambil (apa-apa) keputusan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Chow berkata PDC dan kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memastikan ketersediaan tanah perindustrian dalam negeri itu, bagi memenuhi permintaan pelabur iaitu dengan membangunkan kawasan perindustrian yang baru.
Tambahnya, jika projek BKIP2 berkenaan ditangguh, ia akan menyebabkan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan negeri.
PDC, baru-baru ini memilih UMECH Construction Sdn Bhd (UMECH) sebagai rakan kerjasama untuk membangunkan tanah seluas 559 ekar di Byram, berhampiran tapak pelupusan sampah Pulau Burung dalam kawasan BKIP2.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
#Chow Kon Yeow
#penjualan tanah
#PDC
#Kawasan Perindustrian 2 Batu Kawan
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan