KUALA LUMPUR:Kerajaan disaran mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan masalah alat peranti dan capaian internet dihadapi pelajar untuk meneruskan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata, jawatankuasa itu perlu disertai beberapa kementerian, agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak persendirian.
"Saya mencadangkan elok diwujudkan satu task force yang terdiri dari beberapa buah kementerian, agensi kerajaan, NGO, swasta, PIBGN dan individu tertentu untuk memikirkan dan mengambil tindakan sesuai dan saya kira ini akan meringankan beban KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) dalam mengatasi masalah ini," katanya kepada Astro AWANI menerusi termu bual di Skype pada Sabtu.
BACA: Isu capaian Internet, peranti masih membelenggu pelaksanaan PdPR - NUTP
BACA: RTM sedia saluran pendidikan bantu proses PdPR - Saifuddin
Ujarnya, semua pihak perlu memainkan peranan dalam isu kekurangan kemudahan peranti dan internet di kalangan pelajar dan tidak hanya meletakkan masalah berkenaan di atas bahu KPM semata-mata.
"Saya juga terlibat dengan sebuah NGO iaitu Persatuan Keprihatinan Pendidikan Malaysia (Prididik) dan sebagai penasihatnya dan kami bersama-sama dengan sebuah syarikat IT cuba mengumpulkan komputer lama dan perbaikinya.
"Kemudian, selepas membaikinya kita akan serahkan kepada KPM. Jadi semua perlu terlibat dalam hal ini,"ujarnya lagi.
Pada masa sama, katanya, sudah sampai masanya radio dan TV pendidikan diaktifkan semua kerana ia menjadi pilihan kepada pelajar jika berlaku kekurangan alat peranti dan internet.
"Walaupun ketika ini, ramai pelajar dan ibu bapa menghadapi kesukaran dengan PdPR, namun beliau yakin ia akan dapat diatasi serta setiap orang akan mula membiasakan diri dengan norma baharu berkenaan," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Sat Jan 23 2021

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata, jawatankuasa itu perlu disertai beberapa kementerian, agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak persendirian.

'Messi Kedah' sah dipinjamkan ke Perak FC musim ini
Pemain yang diberi jolokan 'Messi Kedah' itu pernah dinobatkan sebagai Pemain Muda Harapan di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014.

Seorang maut, 94 cedera akibat salji lebat di Korea Selatan
Ratusan kenderaan terkandas di beberapa lebuh raya utama sepanjang pantai barat negara itu, manakala lebih 460 kemalangan dilaporkan.

Morbidelli letak sasaran lebih tinggi dalam musim ketiga bersama SRT
Pelumba Itali yang mewakili Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) semenjak 2019 itu bertekad untuk menjadi juara apabila kembali mencelapak jentera Yamaha YZR-M.

AWANI Ringkas: Kelulusan daftar bersyarat tiga vaksin | KL sokong perdamaian di Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

AWANI Ringkas: Petunjuk ekonomi negara mula catat pemulihan | Penggambaran, operasi pawagam dibenarkan 5 Mac
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

Arab Saudi wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah haji tahun ini
Menteri Kesihatannya berkata ia merupakan antara syarat utama dikenakan kepada jemaah bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Dua warga Pakistan ditahan, disyaki bunuh rakan senegara
Siasatan polis mendapati mangsa berhutang beberapa ribu ringgit dengan suspek.

Amerika Syarikat jangka semua warga dewasanya divaksin akhir Mei ini
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menjangkakan semua orang dewasa di negara itu akan menerima suntikan vaksin COVID-19 menjelang akhir Mei ini.

Texas tarik balik arahan pemakaian wajib pelitup muka
Gabenor Greg Abbot mengumumkan untuk menarik balik arahan pemakaian pelitup muka mandatori di Texas yang dilaksanakan susulan jangkitan pandemik COVID-19.

Kerajaan perlu berani adakan sidang Parlimen
Muhammad Fathi tidak menolak kemungkinan berlaku pergolakan politik jika sidang Parlimen dilaksanakan, namun percaya ia memberi ruang kepada proses demokrasi di negara ini.

Intelek gesa NGO bantu sedia kelas pasca PdPR
Pertubuhan Intelek Wawasan Malaysia (Intelek) menggesa lebih banyak NGO tampil membantu menyediakan kelas kepada pelajar pada fasa pasca pelaksanaan PDPR.

Internet lemah di pedalaman, tidak ganggu fokus pelajar SPM
Sama ada bersemuka dengan guru atau belajar dalam talian, perkara penting adalah semangat dan disiplin diri dari pelbagai aspek.

Sidang media khas Menteri Kanan Pendidikan, 5 petang ini
Datuk Mohd Radzi Md Jidin dijangka mengadakan sidang akhbar khas berhubung pembukaan sekolah pada pukul 5 petang, hari ini.

SPM 2020: Norma baharu tidak jejas semangat pelajar OKU
Tidak terkecuali merasai cabarannya, adalah seorang pelajar autisme, Samsuri Ruzmi, 18, yang terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan.

DidikTV KPM bantu pelaksanaan PdPR - Muhyiddin
Sebagai salah satu inisiatif dalam mempelbagaikan sumber pembelajaran serta bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti yang sesuai untuk pembelajaran secara dalam talian.

DidikTV mampu bantu selesaikan masalah PdPR - PIBGN
Saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM sedikit sebanyak membantu menyelesaikan beban dan permasalahan dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Ambil pengajaran dari pengalaman dilalui calon SPM 2020
Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) perlu digembleng secara menyeluruh agar calon SPM 2021 belajar dari pengalaman dilalui pelajar SPM 2020.

Potong gaji ADUN beli peranti elektronik bantu pelajar - Ahli PSB
Kerajaan Negeri di bawah GPS perlu lebih prihatin kepada nasib pelajar di Sarawak daripada golongan miskin bandar dan miskin luar bandar.

Manfaat dana kerajaan pasar produk dalam talian - Tengku Zafrul
Ketika negara berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kesempatan itu seharusnya dimanfaatkan peniaga bagi menjana pendapatan.

PdPR: UKM tawar kolaborasi dengan PPD, sekolah
UKM menawarkan kolaborasi dengan mana-mana PPD atau sekolah bagi bersama-sama membangunkan bahan PdPR.