awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM, Astro pantau premis perniagaan tayang perkhidmatan berbayar tidak sah

Faida Rahim
Faida Rahim
14/04/2023
23:19 MYT
PDRM, Astro pantau premis perniagaan tayang perkhidmatan berbayar tidak sah
PDRM menasihatkan agar masyarakat menghentikan penggunaan peranti penstriman yang tidak dibenarkan.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan Astro menjalinkan kerjasama bagi memantau premis perniagaan yang menayangkan siaran hiburan menggunakan kelengkapan penstriman tidak sah.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, masyarakat perlu menghentikan penggunaan peranti yang tidak dibenarkan kerana ia jelas salah di sisi undang-undang.
"Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada premis-premis perniagaan yang menayangkan siaran hiburan menggunakan perkhidmatan berbayar seperti Astro, mahupun lain-lain penyedia perkhidmatan, bahawa penggunaan tidak sah adalah merupakan satu kesalahan," katanya kepada Astro AWANI.
Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 yang diterbitkan dalam Warta Kerajaan pada 10 Feb 2022 telah mula dikuatkuasakan mulai 17 Mac tahun ini.
BACA: Henti guna kotak TV tayang siaran tanpa kebenaran, itu satu kesalahan - Polis
Jika disabitkan kesalahan, individu yang melanggar akta tersebut boleh didenda sehingga RM200,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Pindaan ini memperkenalkan beberapa perubahan kepada akta bertujuan menguatkuasakan undang-undang terhadap pelanggaran hak cipta menerusi teknologi penstriman.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#PDRM
#Akta Hak Cipta 2022
#pelanggaran hak cipta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan