awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM bekerjasama dengan Interpol atur sesi percakapan anak Pamela di Singapura

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
10/05/2025
11:58 MYT
PDRM bekerjasama dengan Interpol atur sesi percakapan anak Pamela di Singapura
Setakat ini, kata Aidi Sham, seramai 25 individu termasuk suami mangsa dan pemandu e-hailing yang membawa Pamela (gambar) pada hari kejadian sudah dirakam keterangan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengatur sesi rakaman percakapan anak kepada Datin Seri Pamela Ling Yueh bersama Polis Antarabangsa (Interpol) yang dijangka dibuat dalam masa terdekat di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, keterangan itu akan direkodkan sebaik sahaja semua proses berkaitan diselesaikan mengikut prosedur yang ditetapkan.
"Rakaman percakapan anak-anak mangsa sedang diatur bersama pihak Interpol dan dijangka direkodkan dalam masa terdekat di Kedutaan Malaysia di Singapura,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Setakat ini, kata Aidi Sham, seramai 25 individu termasuk suami mangsa dan pemandu e-hailing yang membawa Pamela pada hari kejadian sudah dirakam keterangan.
Mengulas mengenai lakaran wajah suspek yang terlibat dalam kes penculikan tersebut, Aidi Sham berkata padanan wajah berdasarkan rakaman kamera litar tertudup (CCTV) masih berada pada tahap ketepatan 40 peratus.
Pamela, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9 April lalu bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes penggubahan wang haram.
Difahamkan, mangsa dan suaminya sedang melalui proses perceraian yang rumit membabitkan perebutan aset bernilai tinggi.
Pasangan itu mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan mereka.
Sebelum ini, peguam kepada Pamela mengesahkan bahawa anak guamnya dan suami sedang disiasat oleh SPRM berhubung kesalahan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram.
Topic Berkaitan
#Pamela Ling Yueh
#suruhanjaya tinggi malaysia di singapura
#Polis Diraja Malaysia
#CCTV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan