Pihak polis membuka satu kertas siasatan berhubung tindakan anak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurul Hidayah yang dipercayai pelanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Turut disiasat suami Nurul Hidayah, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.3) 2020.
Menurut polis, ia kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan atau apa-apa yang berbahaya kepada nyawa dan melakukan pergerakan tanpa kebenaran.
Nurul Hidayah sebelum ini memuat naik gambar di Instagram dipercayai memaparkan perbuatan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Gambar tersebut memaparkan beliau dan suami berjumpa dengan Menteri Hal Ehwal Agama dan Timbalan Menteri Alam Sekitar.
Tegasnya tiada siapa yang boleh dikecualikan daripada tindakan undang-undang ke atas sebarang pelanggaran berkaitan pelaksanaan PKP.
Astro Awani
Sat Apr 25 2020

Datuk Huzir Mohamed, memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.3) 2020. - Foto BERNAMA

Kira-kira 5,000 pekerja sektor awam sertai mogok
Ribuan pekerja sektor awam termasuk kakitangan hospital menyertai mogok di Brandenburg Gate pada Sabtu bagi mendesak kenaikan gaji.

Kamala tiba di Ghana, mulakan lawatan seminggu di Afrika
Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris tiba di Accra, Ghana pada Ahad sekali gus memulakan lawatan seminggunya ke benua Afrika yang pastinya akan menarik perhatian umum memandangkan beliau naib presiden wanita kulit hitam pertama Amerika Syarikat melawat benua itu.

Do Kwon ditahan selepas enam bulan larikan diri
Pengasas syarikat mata wang kripto, Terraform Labs iaitu Do Kwon akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa Montenegro pada Sabtu selepas notis merah dikeluarkan oleh Interpol pada Oktober tahun lalu.

Tiada pakatan ketenteran antara Rusia dan China
Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan tiada sebarang pakatan ketenteraan antara Rusia dan China.

Pelakon Jonathan Majors ditahan atas dakwaan serangan
Bintang filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Jonathan Majors ditahan polis pada Selasa atas dakwaan keganasan rumah tangga. Dia ditahan di bandar New York kerana didakwa menyerang seorang wanita berusia 30 tahun di sebuah kejiranan di Chelsea, Manhattan

Pelajar 14 tahun muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda di Kelantan
Seorang pelajar berusia 14 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban, Pasir Mas muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda setakat ini di Kelantan. Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustaman, atau lebih dikenali sebagai Piya, membayar zakat perniagaan sebanyak RM10 ribu bagi tahun 2022 kepada Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Khamis lepas.

Bekalan ayam mencukupi hingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara dijangka mencukupi sehingga Hari Raya Aidilfitri berdasarkan data diperoleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Kanak-kanak lelaki cedera di kepala tersepit lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini. Kejadian berlaku di sebuah lif pangsapuri Blok C PPR Hicom Jalan Bukit Belimbing Seksyen 26 Shah Alam pada jam 7.30 petang tadi.

MOFA teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Kementerian Luar sedang meneliti cadangan membuka semula beberapa Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara bergolak sebelum ini akibat perang yang berlaku.Menurut Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, satu pasukan telah diwujudkan bagi meneliti semua aspek keperluan pembukaan semula kedutaan itu sebelum keputusan dibuat.

PRN: PN hanya bermimpi di siang hari - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesiapa sahaja boleh bermimpi namun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Yahaya dilantik pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur
Datuk Yahaya Othman dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Azmi Abu Kassim yang kini menjadi Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM.

Agong berangkat ke majlis bacaan Yasin sempena Peringatan Hari Polis ke-216
Ketibaan Seri Paduka di masjid berkenaan pada kira-kira 12.40 tengah hari disambut Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

19 lagi Pusat Temuduga Kanak-Kanak dibina di seluruh negara
JSJ Bukit Aman akan menambah sebanyak 19 lagi Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) di seluruh negara bagi menangani kes-kes seksual dan penderaan ke atas kanak-kanak dan wanita.

Polis ambil kenyataan pengarah, pelakon 'Mentega Terbang'
Khairi Anwar Jailani dan salah seorang pelakonnya, Arjun Thanaraju memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman siang tadi.

SPP akan tentukan pengganti TKPN Razarudin Hussain - KPN Acryl Sani
Acryl Sani berkata, perkara itu akan diputuskan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) menerusi satu mesyuarat khas yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Lebih 1,400 kemalangan hari kelima Op Selamat 19
Sebanyak 1,445 kemalangan direkodkan di seluruh negara pada hari kelima Op Selamat 19, semalam.

Bukit Aman siasat 14 anggota, pegawai sertai pertubuhan haram
Bukit Aman menahan 12 anggota dan dua pegawainya untuk siasatan dipercayai terlibat dengan aktiviti pertubuhan haram di sini pada Jumaat.

JSJK jalin kerjasama dengan Whoscall kekang penipuan dalam talian
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman hari ini memeterai kerjasama dengan syarikat pembangun aplikasi telefon bimbit Whoscall bagi mengekang kes penipuan dalam talian.

Kes culik ejen kosmetik: Siasatan masih berjalan, Bukit Aman minta jangan buat spekulasi
Siasatan kes tersebut masih berjalan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan.

Wanita didakwa mangsa kes gangguan seksual Ebit Lew buat laporan polis di Bukit Aman
Saksi memberitahu, wanita itu memutuskan untuk membuat laporan polis di Bukit Aman.