awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM cuba bawa balik Jho Low sebelum hujung tahun - IGP

Fareez Azman
Fareez Azman
25/09/2019
07:50 MYT
PDRM cuba bawa balik Jho Low sebelum hujung tahun - IGP
PDRM masih berunding untuk membawa pulang ahli perniagaan yang dikehendaki Jho Low menjelang hujung tahun. - Gambar fail
Menjelang hujung tahun ini, usahawan kelahiran Malaysia yang sangat dikehendaki, Low Taek Jho atau Jho Low dijangka dibawa pulang ke tanah air.
Bayangan itu diberikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang yakin dengan kerjasama yang dijalin dengan Polis Antarabangsa (Interpol).
Bahkan, selepas mengeluarkan notis merah serta memberikan tekanan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) optimis akan menemui kejayaan membawa Jho Low ke muka pengadilan.
Abdul Hamid dalam masa sama mengesahkan, Jho Low yang dikaitkan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilindungi di sebuah negara.
Menurut beliau, siasatan polis berjaya mengesan di mana lokasi Jho Low dan pengikutnya berada.
Bagaimanapun, PDRM, kata Abdul Hamid, masih mengadakan rundingan bersama pihak berkenaan untuk mengekstradisi ahli perniagaan itu.
"Saya yakin berdasarkan siasatan, dia seolah-olah mendapat perlindungan sesuatu pihak untuk terus bersembunyi disebuah negara dan maklumat yang saya terima dia bebas bergerak ke sana ke mari seolah-olah dia menjalankan peniagaan tanpa apa apa sekatan.
"Begitu juga dengan empat hingga lima orang pengikutnya... sebenarnya pihak kami tahu dimana mereka dan kita berunding dan proses perundingan ini kadang kala sukar.
"Tetapi saya sabar tingkatkan usaha saya, kerana saya nampak dia di mana dan saya tahu dia di mana. Ketika ini saya tengah memberikan beberapa pandangan yang tegas kepada pihak yang melindunginya," jelas Abdul Hamid.
Beliau berkata demikian dalam sesi Bicara Minda Sinar Harian yang dikendalikan oleh Tan Sri Johan Jaafar di Auditorium Kompleks Karangkraf di Shah Alam pada Rabu.
Meskipun enggan mengulas nama negara berkenaan, namun Abdul Hamid mengakui, Malaysia mempunyai jalinan ekstradisi dengan negara terbabit.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Bicara Minda
#dikehendaki
#IGP
#Interpol
#Jho Low
#Johan Jaafar
#Ketua Polis Negara
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan