KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa berwaspada dengan kemungkinan wujudnya pihak yang ingin mengaut keuntungan dengan cara menjual sijil digital vaksinasi palsu secara dalam talian.
Presiden Persatuan Pemeriksaan Fraud Bertauliah Malaysia Datuk Seri Akhbar Satar berkata, hingga kini kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang sijil secara fizikal bagi membuktikan mana-mana orang awam sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19.
Beliau berkata, PDRM perlu berwaspada dalam memperketat pemeriksaan dengan meneliti akaun MySejahtera orang awam supaya bertepatan dengan kad pengenalan dipaparkan.
"Polis juga perlu memastikan orang awam tidak hanya sekadar tangkap layar sijil digital vaksinasi mereka bagi mengelakkan penyalahgunaan sijil digital itu," katanya kepada Bernama hari ini.
Akhbar turut menggesa agensi penguat kuasa supaya lebih ke hadapan dalam mengesan kebarangkalian akaun MySejahtera digodam untuk mendapatkan sijil digital vaksin palsu menerusi telefon bimbit.
"Pihak PDRM diminta untuk lebih proaktif memantau mana-mana 'dark web' yang mungkin menjurus kepada unsur penggodaman akaun MySejahtera supaya maklumat awal boleh diperoleh.
"Kerajaan juga perlu mengambil berat mengenai kemungkinan orang luar yang memasuki negara ini sama ada negara mereka benar-benar menyediakan sijil digital vaksinasi secara fizikal kerana didapati terdapat aktiviti penjualan sijil itu secara tidak sah di 'dark web'," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan setakat ini hanya satu laporan diterima pihaknya berhubung perkara itu.
"Laporan polis dibuat berdasarkan khabar angin dan polis tidak menerima apa-apa laporan berkaitan pemilikan atau penjualan sijil digital vaksinasi palsu.
"Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana memberikan maklumat palsu dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan dan lain-lain," katanya ketika dihubungi hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 12 2021
PDRM perlu berwaspada dalam memperketat pemeriksaan dengan meneliti akaun MySejahtera orang awam supaya bertepatan dengan kad pengenalan dipaparkan. - Bernama
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies
Situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.
China laksana pelan vaksinasi baharu COVID-19 untuk kumpulan penting
Inokulasi vaksin yang berkesan terhadap subvarian XBB yang sangat kebal bakal dilaksanakan bagi menghadapi musim luruh dan musim sejuk akan datang.
AS mansuh mandat vaksinasi COVID-19 pekerja persekutuan dan pengembara asing bermula 11 Mei
Langkah serupa turut terpakai kepada pengembara asing yang memasuki Amerika Syarikat melalui pelabuhan darat dan terminal feri.
COVID-19: Jepun tarik semula beberapa SOP mulai hari ini
Kesemua pengembara yang mempunyai simptom masih perlu melakukan ujian COVID-19 selepas tiba di negara itu sehingga 8 Mei.
Vietnam kemas kini pemakaian pelitup muka di tempat awam susulan kes COVID-19 meningkat
Hanoi mengemas kini panduan COVID-19 dengan meminta orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam ketika jumlah jangkitan COVID-19 meningkat, lapor Xinhua memetik akhbar tempatan pada Rabu.
Lubnan lancar kempen vaksinasi untuk tangani taun
Wabak taun yang berlaku ketika ini mencerminkan kemerosotan ekonomi dan akses yang lemah kepada air bersih dan perkhidmatan sanitasi.
Mumbai laksana pemantauan pintu ke pintu ekoran kes demam campak
Bulan lepas, tiga kanak-kanak berumur di bawah lima tahun meninggal dunia dalam tempoh 48 jam.
Cacar monyet: Itali mulakan kempen vaksinasi
Perangkaan oleh Kementerian Kesihatan mendedahkan, Itali melaporkan 545 kes cacar monyet.
COVID-19: Golongan kurang daya tahan imun sederhana, teruk dicadang terima dos ketiga - Khairy
Cadangan telah dibuat berdasarkan situasi semasa mengenai tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi.
Thailand mansuh pendaftaran pra-ketibaan
Mulai 1 Julai, pengembara tidak perlu lagi memohon Pas Thailand dan membeli insurans COVID-19 sebelum masuk ke negara itu.