awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan
Polis rampas arak, rokok seludup libat nilai rampasan RM1.22 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM keluarkan garis panduan penyampaian PJPN dilaksana tanpa majlis istiadat

Bernama
Bernama
17/11/2021
21:33 MYT
PDRM keluarkan garis panduan penyampaian PJPN dilaksana tanpa majlis istiadat
PDRM telah mengesan satu paparan gambar penyampaian PJPN tanpa istiadat yang tular melalui aplikasi WhatsApp pada Selasa.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan garis panduan sejajar prosedur operasi standard (SOP), agar penyampaian Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) dilaksanakan tanpa majlis istiadat.
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass berkata garis panduan penyampaian PJPN tanpa istiadat, telah dikeluarkan pada 22 Julai lepas ekoran daripada penularan wabak pandemik COVID-19, yang ketika itu yang tidak membenarkan sebarang majlis diadakan.
Beliau berkata PDRM telah mengesan satu paparan gambar penyampaian PJPN tanpa istiadat yang tular melalui aplikasi WhatsApp pada Selasa.
"PDRM ingin mengingatkan kepada semua penerima untuk tidak menjadikan isu berhubung penyampaian pingat dan sijil penghargaan PJPN tanpa istiadat.
"Ini kerana garis panduan penyampaian PJPN tanpa istiadat bertarikh 22 Julai lepas membenarkan pegawai kanan polis yang lebih kanan pangkatnya daripada penerima untuk menyerahkan pingat dan sijil penghargaan PJPN," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Zaini berkata perkara ini seharusnya tidak disensasikan sehingga menimbulkan salah faham kepada umum dengan memberi tanggapan negatif kepada PDRM, demi menjaga kemuliaan pingat serta jasa penerima itu sendiri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#garis panduan penyampaian PJPN tanpa istiadat
#Zaini Jass
#Gambar tular
#Pingat Jasa Pahlawan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan