awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM, KPDNHEP laksana operasi bersepadu bendung ketirisan barangan bersubsidi

Bernama
Bernama
04/07/2022
15:45 MYT
PDRM, KPDNHEP laksana operasi bersepadu bendung ketirisan barangan bersubsidi
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata operasi tersebut sebagai usaha membendung ketirisan barangan bersubsidi khususnya minyak masak. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan operasi pengauditan dan pemutihan minyak masak peket melalui operasi bersepadu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata operasi tersebut sebagai usaha membendung ketirisan barangan bersubsidi khususnya minyak masak.
"Satu perjumpaan melibatkan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM dengan Ketua Setiausaha KPDNHEP diadakan hari ini dan kami bersetuju melaksanakan operasi dengan tangkapan dan rampasan diserahkan kepada KPDNHEP bagi tindakan lanjut.
PDRM menyambut baik kerjasama Op Bersepadu yang dijalin dan akan menyokong penuh hasrat kerajaan untuk memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia dalam menghadapi cabaran (kenaikan) kos sara hidup," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Selain itu, Acryl Sani berkata pihaknya menerusi Op Kontraban berjaya merampas barangan bersubsidi bernilai RM38,247,518 yang diseleweng bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Katanya daripada jumlah itu, rampasan melibatkan minyak masak bernilai RM854,252.
"Usaha bersepadu dengan pihak KPDNHEP merupakan langkah positif bagi PDRM menyumbang secara lebih aktif dalam membendung ketirisan subsidi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#KPDNHEP
#operasi bersepadu
#ketirisan barangan bersubsidi
#minyak masak peket
#Ketua Polis Negara
#Acryl Sani Abdullah Sani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan