awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Subahan optimis Speedy Tigers tempah slot ke Piala Dunia 2026
Blue Origin gantung pelancongan angkasa, fokus misi ke bulan
Angka korban nahas kereta api Sepanyol meningkat kepada 46 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM laksana tugas keselamatan terbesar sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Bernama
Bernama
23/10/2025
05:30 MYT
PDRM laksana tugas keselamatan terbesar sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
Mohd Khalid melawat bilik operasi polis ketika menghadiri raptai delegasi sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Okt ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 10,170 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikerahkan bagi mengawal keselamatan dan memastikan kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, menjadikannya penugasan terbesar tahun ini.

Ringkasan AI
  • 10,170 anggota PDRM dikerahkan untuk mengawal keselamatan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, menjadikannya penugasan terbesar tahun ini melibatkan pelbagai unit taktikal dan jabatan.
  • Kawasan strategik seperti KLCC, Putrajaya, KLIA dan hotel rasmi delegasi diberi kawalan ketat, termasuk pemantauan keselamatan siber, kawalan udara dan pengawasan kawasan berisiko tinggi.
  • Penutupan jalan utama dan lebuh raya secara berperingkat bermula 17 Okt hingga 28 Okt; orang ramai dinasihatkan elak pusat bandar, rancang perjalanan awal dan gunakan pengangkutan awam.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata kekuatan itu melibatkan pelbagai jabatan dan unit taktikal termasuk Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Cawangan Khas, Unit Tindakan Khas, 69 Komando, Pasukan Simpanan Persekutuan, Pasukan Gerakan Am, Pasukan Gerakan Udara serta elemen sokongan lain.
Beliau berkata penugasan menyeluruh turut merangkumi kawasan strategik seperti Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta hotel penginapan rasmi para delegasi antarabangsa.
"Kita turut menugaskan pasukan khas bagi pemantauan keselamatan siber, kawalan udara dan pengawasan kawasan berisiko tinggi.
"Semua aspek keselamatan dan kawalan trafik telah dirancang dengan teliti bagi memastikan kesiapsiagaan berada pada tahap optimum," katanya selepas meninjau persiapan dan raptai keselamatan di KLCC, hari ini.
Kawasan strategik seperti KLCC, Putrajaya, KLIA dan hotel rasmi delegasi diberi kawalan ketat. - Foto Bernama
Kawasan strategik seperti KLCC, Putrajaya, KLIA dan hotel rasmi delegasi diberi kawalan ketat. - Foto Bernama
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi) Datuk Fisol Salleh serta Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus.
Mohd Khalid berkata raptai pergerakan delegasi yang bermula pagi tadi berjalan lancar dan akan diteruskan hingga 25 Okt ini bagi memastikan setiap aspek keselamatan diuji sepenuhnya.
Beliau berkata beberapa laluan utama di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan laluan ke KLIA ditutup secara berperingkat sejak 17 Okt, dengan penutupan lebih ketara dijangka pada 26 hingga 28 Okt sempena hari kemuncak sidang.
"Antara jalan terlibat termasuk Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Razak, Jalan P. Ramlee, Jalan Pinang, Persiaran KLCC serta beberapa lebuh raya utama seperti MEX, ELITE, NKVE dan Guthrie," katanya sambil menasihatkan orang ramai tanpa urusan penting supaya mengelak kawasan pusat bandar, merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan pengangkutan awam.
Mohd Khalid turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi keselamatan dan penguatkuasaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen, Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Agensi Pengangkutan Awam Darat serta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia atas kerjasama padu mereka.
"Pendekatan bersepadu ini mencerminkan semangat kerjasama antara agensi dalam memastikan kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47," katanya sambil menyeru rakyat mematuhi undang-undang dan menunjukkan sikap bertanggungjawab sepanjang tempoh sidang berlangsung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota PDRM
#tugas keselamatan
#Sidang Kemuncak ASEAN
#Ketua Polis Negara
#Mohd Khalid Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan