KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan satu rangkaian sindiket pemburuan haram hidupan liar di sekitar Gua Musang, Kelantan baru-baru ini menerusi Operasi Bersepadu Khazanah.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata PDRM melalui Wildlife Crime Bureau, Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) dalam operasi pada 23 Feb lepas menahan tiga lelaki tempatan berumur antara 34 hingga 42 tahun serta merampas dua bahagian bangkai seekor Harimau Malaya dan tiga telefon bimbit.
Menurutnya, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM303,000.
Noorsiah berkata siasatan kes itu dijalankan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di bawah Seksyen 68 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan kesemua suspek telah dituduh di Mahkamah Sesyen Gua Musang pada 2 Mac.
"Dua tertuduh telah mengaku salah dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM450,000 serta tambahan 12 bulan penjara jika gagal membayar denda.
"Kedua-dua tertuduh gagal membayar denda yang dikenakan dan mahkamah menjatuhkan hukuman 22 bulan penjara manakala seorang lagi suspek mengaku tidak bersalah dan dikenakan jaminan RM30,000. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 10 April," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noorsiah berkata susulan daripada tangkapan itu, polis juga menahan suspek lelaki berumur 65 tahun pada 27 Feb dan kes masih dalam siasatan.
"Suspek merupakan pemilik senapang berlesen yang digunakan kesemua suspek bagi tujuan memburu secara haram dan polis merampas antaranya satu laras senapang dan 28 butir peluru, satu beg senapang warna hitam serta sebuah buku lesen memiliki senjata dan peluru," katanya.
Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM12,000 manakala kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) dan Seksyen 8(b) Akta Senjata 1960 (Akta 206).
Dalam pada itu, Noorsiah berkata PDRM sentiasa komited dalam usaha untuk memerangi jenayah berkaitan dengan hidupan liar khususnya pemburu haram dan mereka yang menjalankan perdagangan melibatkan spesies-spesies yang dilindungi dan terancam.
Beliau berkata PDRM juga sentiasa menyokong hasrat kerajaan untuk memastikan khazanah negara sentiasa terpelihara untuk generasi akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023

PDRM berjaya melumpuhkan satu rangkaian sindiket pemburuan haram hidupan liar di sekitar Gua Musang, Kelantan baru-baru ini menerusi Operasi Bersepadu Khazanah. -Twitter @PDRMsia

PRN: Pas Perak 'all out' tumpu bantu jentera di Selangor, Pulau Pinang
Pas Perak akan berjuang sehabis baik membantu dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Kaum Melayu tidak rasis - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa kaum Melayu merupakan bangsa yang tidak rasis, walaupun dipaksa oleh penjajah untuk menerima jus soli sebagai syarat kemerdekaan.

Cuaca panas: Tiada keperluan sekat bekalan air - Nik Nazmi
Tiada keperluan untuk melaksanakan sekatan kepada bekalan dan penggunaan air susulan cuaca panas dan kering ekstrem.

JHEAT nasihat 'duda sado' usah tayang badan ketika jual durian
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan seorang lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju ketika menjual durian supaya tidak lagi mempamerkan bentuk badannya.

Tragedi Everest: Keluarga Muhammad Hawari reda SAR ditamatkan
Ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim terima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

Kalimah Allah: Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan baginda telah menyatakan pandangannya berhubung perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penuntut USAS lemas ketika berkelah bersama rakan di Air Terjun Batu Hampar
Perkelahan penuntut Universiti Sultan Azlan Shah di Air Terjun Batu Hampar Padang Rengas bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.

Dewan Rakyat: Tuan Ibrahim dakwa Empangan Chereh pecah pada Nov 2021
Tuan Ibrahim mendakwa, kejadian itu menyebabkan simpanan bekalan air minuman di bandar Kuantan melibatkan beberapa loji terjejas.

Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh di Klang
Lelaki itu ialah B Perkas Rao @ Rider, 41, yang memiliki empat rekod jenayah lampau dan dua rekod berkaitan dadah.

Penempatan, rizab Orang Asli di bawah 'Sultanate Land' lindungi khazanah, elak eksploitasi
Meletakkan semua kawasan penempatan dan rizab Orang Asli di Johor di bawah "Sultanate Land" dapat melindungi serta memelihara khazanah negara sekali gus mengelakkan tanah berkenaan dieksploitasi.

PDRM lumpuh sindiket pemburuan haram hidupan liar di Gua Musang
Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM303,000.

2,958 haiwan liar berjaya dirampas Perhilitan
Sepanjang operasi terbabit, pihaknya telah merampas 114 ekor haiwan daripada spesies mamalia serta 344 bahagian.

Lelaki ditahan pamer kulit harimau
Kulit harimau dianggar bernilai RM100,000 itu dirampas menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).

Perhilitan puji tindakan individu tidak dedah lokasi penemuan beruang kepada umum
Tidak mendedahkan lokasi beruang berkenaan dapat mengelakkan kawasan tersebut menjadi tumpuan pemburu haram.

Perhilitan Johor rampas tiga burung terancam
Operasi tersebut yang dijalankan ke atas sebuah premis itu berjaya merampas seekor burung Lang Kepala Kelabu, seekor burung Lang Siput dan seeker Grey Parrot.

Sembilan orang utan Sumatera direpatriasi ke Indonesia
Tujuh daripadanya dirampas dalam tiga kes pada 2018 dan 2019 oleh Perhilitan, polis Marin dan Kastam manakala dua ekor lagi diserahkan kepada Perhilitan pada 2018.

Sabah, Sarawak digesa pinda undang-undang berkaitan hidupan liar
Pindaan undang-undang berkaitan hidupan liar di negeri berkenaan supaya hukuman lebih berat dapat dikenakan kepada pesalah hidupan liar.

Hukuman jenayah perhilitan: KATS minta Sabah, Sarawak pinda hukuman
Pinda peruntukan undang-undang sedia ada berkenaan perhilitan untuk memastikan tindakan penguatkuasaan dan hukuman yang setimpal

Padah eksport kepala babi hutan tanpa lesen
Hakim Murtazadi Amran menjatuhkan hukuman itu terhadap Charnchai Sitthiphan, 62, dan isterinya Phitsinee Sitthiphan, 60, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.