awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM masih bergelut konflik perang persepsi - Abdul Hamid Bador

Astro Awani
Astro Awani
03/05/2021
03:48 MYT
PDRM masih bergelut konflik perang persepsi  - Abdul Hamid Bador
Majlis penyerahan tugas daripada Tan Sri Abdul Hamid Bador kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berlangsung pada Isnin. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Hamid Bador mengakui gusar untuk meninggalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disifatkan masih bergelut konflik perang persepsi.
Beliau yang mengakhiri perkhidmatan sebagai Ketua Polis Negara ke-12 hari ini menegaskan, konflik perang persepsi itu dilihatnya seolah-olah tidak berkesudahan dan terus dihukum oleh penilaian pandangan masyarakat.
"Untuk itu saya menyeru kepada seluruh warga PDRM agar kita dapat memikul tanggungjawab ini dengan penuh aman.
"Kita tidak mungkin mampu untuk puaskan hati lebih 32 juta rakyat namun kita mampu untuk berusaha meningkatkan kualiti penyampaian kepada masyarakat.
"Laksanakanlah setiap tugasan dengan penuh ikhlas dan berintegriti, sentiasalah berpegang pada amal makruf, nahi mungkar dalam setiap apa yang kita lakukan," kata Abdul Hamid pada Majlis Serah Tugas Ketua Polis Negara dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Polis (PERKEP) pada Isnin.
Tamat Kontrak | Saya tak berhasrat kekal lebih lama - Abdul Hamid
Abdul Hamid memegang jawatan tertinggi pasukan keselamatan negara pada 4 Mei 2019 dan menamatkan kontrak perkhidmatan beliau pada Isnin.
Timbalan beliau, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa esok.
Pelantikan Acryl Sani diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ketua Polis Negara ke-13 di Kementerian Dalam Negeri.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#PDRM
#Ketua Polis Negara
#Kementerian Dalam Negeri
#Abdul Hamid Bador
#Acryl Sani Abdullah Sani
#perang persepsi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan