awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM nafi keluar amaran kes culik, jual organ

Bernama
Bernama
01/10/2022
12:26 MYT
PDRM nafi keluar amaran kes culik, jual organ
Polis mengesan mesej palsu bertajuk 'Amaran kepada semua ibu bapa dan penjaga, harga organ di Malaysia' yang turut menyenaraikan harga organ seperti jantung, buah pinggang, mata, paru-paru dan hati. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan pihaknya mengeluarkan amaran berhubung kegiatan penculikan untuk penjualan organ, seperti yang tular di media sosial hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP A. Skandaguru berkata pihaknya hari ini mengesan mesej bertajuk 'Amaran kepada semua ibu bapa dan penjaga, harga organ di Malaysia' yang turut menyenaraikan harga organ seperti jantung, buah pinggang, mata, paru-paru dan hati.
Beliau berkata mesej itu mendakwa kononnya PDRM mengeluarkan amaran kepada ibu bapa supaya berhati-hati dengan dua kenderaan berwarna putih yang dikatakan terlibat dalam kegiatan penculikan manusia dan penjualan organ terutama kanak-kanak berusia bawah 15 tahun.
"Sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima khususnya melibatkan dua kenderaan seperti dalam mesej tular tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah percaya dan terpengaruh serta tidak membuat perkongsian sebarang hantaran atau mesej di aplikasi media sosial tanpa menyemak kesahihannya.
Terdahulu tular di media sosial mesej kononnya amaran daripada PDRM mengenai kegiatan penculikan dan penjualan organ termasuk senarai kadar harga organ berharga antara RM10,000 hingga RM800,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#amaran culik
#jual organ
#berita palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan