awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saya ingin tahu Akmal nak serang siapa - Ahmad Zahid
SPRM mahu DPA dibawa ke Parlimen segera, perkukuh usaha jejak aset jenayah
Dr Akmal letak jawatan bukan tekanan kepada UMNO - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM pandang serius pentadbir dan guru tidak lapor isu keselamatan di sekolah

Bernama
Bernama
14/10/2025
08:39 MYT
PDRM pandang serius pentadbir dan guru tidak lapor isu keselamatan di sekolah
Mojhd Khalid berkata, PDRM sendiri sentiasa berusaha untuk memastikan keadaan di sekolah selamat dan terjamin untuk semua pihak. - Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius tindakan pentadbir sekolah dan guru yang cuba menyelesaikan masalah membabitkan keselamatan pelajar tanpa campur tangan pihak berkuasa.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata keadaan itu sepatutnya tidak berlaku.
"Apa-apa kejadian yang membabitkan keselamatan pelajar perlu dilaporkan segera dan jangan cuba menyembunyikan fakta atau kejadian sebaliknya berkongsi maklumat agar masalah ini dapat diselesaikan di peringkat awal lagi.
"Ini adalah untuk memastikan ibu bapa juga mengetahui perkara sebenar yang berlaku di sekolah anak mereka," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Kempen Anti Buli di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad.
Sementara itu, Mohd Khalid memberi jaminan bahawa sekolah di seluruh negara masih berada dalam keadaan selamat walaupun berlaku beberapa kes jenayah yang mendapat perhatian masyarakat sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata walaupun terdapat laporan kes buli serta keganasan fizikal dan seksual, ia masih lagi kecil berbanding jumlah institusi pendidikan itu termasuk bilangan pelajar serta guru.
"PDRM sendiri sentiasa berusaha untuk memastikan keadaan di sekolah selamat dan terjamin untuk semua pihak.
"PDRM juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan keselamatan anak-anak di sekolah terjamin tapi kita tidak boleh menolak kemungkinan pendedahan di media sosial boleh mempengaruhi tindakan individu atau pelajar tertentu," katanya.
Sehubungan itu, Mohd Khalid menasihati ibu bapa agar memantau penggunaan telefon pintar dan media sosial anak masing-masing supaya mereka tidak terpengaruh dengan unsur negatif.
Beliau juga bersetuju dengan cadangan Mohd Azam yang meminta kereta peronda polis menjalankan sesi rondaan berkala pada waktu malam di sekolah berasrama.
"Perkara ini akan diperluas dan saya sudah mengarahkan Ketua Polis Negeri serta Daerah untuk meneruskan tindakan supaya memastikan keselamatan anak-anak yang berada di asrama terjamin.
"Tindakan ini juga akan menimbulkan rasa selamat dalam kalangan pelajar di situ," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu keselamatan
#guru sekolah
#pentadbir
#polis
#buli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan