awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 7 malam ini
Op Samseng Jalanan, 157 penunggang motosikal ditahan di Dungun
Maritim Malaysia pintas bot 'pom-pom', tahan 80 PATI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM pergiat usaha jejak saki-baki Geng Kapten Praba

Bernama
Bernama
31/01/2026
07:00 MYT
PDRM pergiat usaha jejak saki-baki Geng Kapten Praba
M Kumar ketika sidang media pada Program Community Policing 'Thaneer Panthal' PDRM sempena Thaipusam di Kuil Sri Subramaniam hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempergiat usaha mengesan saki- baki kumpulan penjenayah Geng Kapten Praba yang dikesan melarikan diri ke luar negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar berkata pihaknya percaya suspek termasuk ketua kumpulan itu meninggalkan negara menggunakan lorong tikus.
"Kamu boleh lari tetapi tidak boleh bersembunyi daripada kami (polis). Kami akan mencari kamu," katanya kepada pemberita pada program Thaneer Panthal sempena sambutan Thaipusam di Batu Caves hari ini.
Polis memburu ahli kumpulan Geng Kapten Praba menerusi OP Jack Sparrow selepas dipercayai menjadikan India dan Thailand sebagai lokasi persembunyian sejak September tahun lepas.
Sebelum ini, tiga ahli kumpulan itu ditahan di Mumbai, India pada Ahad lepas, selepas cubaan untuk memasuki United Kingdom gagal, dan dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang sebaik tiba negara ini pada Rabu lepas.
Sementara itu, Kumar berkata program hari ini melibatkan 88 pegawai dan anggota PDRM menyediakan makanan serta minuman percuma, iaitu sebahagian daripada aktiviti kepolisan komuniti yang dijalankan sejak 38 tahun lepas.
"Pasukan polis dikenali dengan tindakan penguatkuasaan, tetapi kami di sini untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat dan berkongsi demi kebaikan negara kita," katanya.
Pada program itu, PDRM turut mengedarkan lebih 1,000 beg cenderahati mengandungi maklumat Pusat Respons Scam Kebangsaan bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap jenayah penipuan.
Beliau turut menasihatkan pengunjung yang hadir ke sambutan Thaipusam supaya sentiasa mematuhi adat dan peraturan keagamaan bagi memastikan keadaan lancar dan selamat.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#PDRM
#Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
#Geng Kapten Praba
#M Kumar
#buru ahli
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan