awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM pertingkat kawalan keselamatan susulan ancaman Israel

Bernama
Bernama
17/05/2021
15:27 MYT
PDRM pertingkat kawalan keselamatan susulan ancaman Israel
Acryl Sani berkata PDRM memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan oleh Israel terhadap pemimpin pergerakan perjuangan Palestin. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga dan mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini terjamin.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata PDRM memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan oleh Israel terhadap pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia termasuk Malaysia.
"PDRM akan terus mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan daripada semua aspek," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Ancaman Israel: PDRM bersama agensi-agensi keselamatan tingkatkan kawalan
Beliau berkata PDRM akan terus memantau isu itu dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Sehubungan itu, Acryl Sani menasihati orang ramai agar bertenang.
Semalam, tular di media sosial mengenai pergerakan perisikan Israel yang didakwa akan menghapuskan pemimpin pejuangan Palestin yang berada di seluruh dunia termasuk Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#Israel
#media sosial
#Palestin
#kawalan keselamatan
#Ketua Polis Negara
#Acryl Sani Abdullah Sani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan