awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM rampas dadah bernilai RM3 juta

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
07/09/2016
11:37 MYT
PDRM rampas dadah bernilai RM3 juta
Dadah jenis syabu ditunjukkan kepada pemberita semasa sidang media hari ini, mengenai kejayaan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) merampas dadah bernilai RM3 juta. - Foto Bernama
Polis menahan sembilan suspek, lima daripadanya warganegara Nigeria dalam enam serbuan berbeza ke atas sindiket pengedaran dadah antarabangsa di sekitar Selangor.
Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman SAC Kang Chez Chiang berkata siasatan menunjukkan sindiket ini menggunakan warga tempatan sebagai keldai dadah serta syarikat perkhidmatan kurier bagi membawa masuk dadah ke negara ini.
"Kami telah mengesan serta merampas dadah jenis Kokain dan Syabu seberat 28.3kg yang dianggarkan bernilai RM3 juta," kata Kang dalam satu sidang media di sini hari ini.
Tambahnya, tangkapan itu dibuat bersama Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING) serta hasil dari kerjasama dengan agensi dadah luar iaitu Drug Enforcement Administration (DEA).
Selain itu, Kang turut memberitahu bahawa serbuan dibuat dalam tiga operasi yang berbeza pada 2,5 dan 6 September lepas.
"Kami sentiasa konsisten dalam menjalankan risikan terhadap segala bentuk maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah yang berlaku di negara ini," kata Kang.
Tambah beliau, kerjasama daripada orang ramai juga amat diperlukan dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan salah laku dadah yang berlaku di sekeliling mereka.
Topic Berkaitan
#jenayah narkotik
#JSJN
#Kang Chez Chiang
#kokain
#Rampasan dadah RM3 juta
#STING
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan