awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM sahkan video dua wanita dicukur kepala bukan berlaku di Malaysia

Bernama
Bernama
08/05/2017
04:50 MYT
PDRM sahkan video dua wanita dicukur kepala bukan berlaku di Malaysia
POLIS: "Berikutan penularan video itu, pelbagai reaksi berbaur perkauman yang dikongsi secara meluas di media sosial dan rangkaian komunikasi yang lain." - Foto facebook.com/Noticias365
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penyebaran video menunjukkan dua wanita dicukur kepala mereka oleh sekumpulan lelaki kerana mencuri di kedai seorang peniaga yang menjadi tular di media sosial bukan berlaku di Malaysia.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datin Asmawati Ahmad berkata kejadian berkenaan berlaku di sekitar tahun lepas di Maracaibo, Venezuela.
Beliau berkata ia telah difitnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menularkan video dan mesej berkenaan.
"Berikutan penularan video itu, pelbagai reaksi berbaur perkauman yang dikongsi secara meluas di media sosial dan rangkaian komunikasi yang lain.
"PDRM ingin menasihatkan masyarakat agar bijak menilai setiap berita yang dikongsi di media sosial atau lain-lain rangkaian komunikasi serta tidak menjadi mangsa kepada niat serong pihak-pihak tertentu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Asmawati juga menasihatkan masyarakat agar tidak memainkan sebarang isu yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman atau keagamaan sehingga boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cukur rambut
#Kuala Lumpur
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#video
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan