IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menambah anggota untuk penugasan di sempadan negara, sebaik ia dibuka pada 1 April ini susulan Fasa Peralihan ke Endemik.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata perkara itu, akan dibincangkan kelak dengan lebih lanjut lagi termasuk dari segi jumlah penambahan dan kawasan penugasan.
"Aktiviti penyeludupan di sempadan sering kali berlaku. Kita sentiasa membuat pemantauan walaupun sebelum COVID-19 lagi, termasuk di sempadan perairan negara. Kita tidak menolak untuk menambah anggota kelak apabila sempadan dibuka," katanya.
Beliau berkata demikian pada program komuniti kepolisian, 'Charity Ride PDRM' di Mes Pegawai Kanan hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid.
Kerajaan pada Selasa memutuskan untuk membuka semula sempadan negara pada 1 April ini susulan fasa peralihan ke endemik.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat bersandarkan tiga perkara iaitu fakta terkini COVID-19, keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara.
Hazani berkata pembukaan sempadan juga memberi peluang untuk menguatkan pengoperasiaan melalui penugasan unit berkuda dan Pasukan Gerakan Am (PGA), dalam membanteras aktiviti penyeludupan ke negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 11 2022
Pengarah Jabatan KDNKA Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata perkara itu, akan dibincangkan kelak dengan lebih lanjut lagi termasuk dari segi jumlah penambahan dan kawasan penugasan. - Gambar fail/BERNAMA
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Banjir Kelantan: Polis buru 114 individu buat panggilan palsu
Polis akan menjejaki 114 individu yang membuat panggilan palsu berkait banjir sebaik sahaja tamat bencana ini.
PGA Senoi Praaq kawal Sungai Golok 1 Januari ini
Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang di sini bermula 1 Januari ini.
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.
KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir
Antara aset yang digunakan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot, 51 lori, 15 kereta peronda, 13 van, dan satu helikopter.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.