awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM selesai ambil keterangan penerbit, enam pelakon 'Mentega Terbang'

Bernama
Bernama
15/03/2023
10:18 MYT
PDRM selesai ambil keterangan penerbit, enam pelakon 'Mentega Terbang'
Filem Mentega Terbang, yang disiarkan secara percuma di platform penstriman digital, mendapat bantahan umat Islam di negara ini kerana didakwa mengandungi unsur-unsur pluralisme agama yang boleh menjejaskan akidah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah selesai mengambil keterangan penerbit dan enam pelakon berhubung kes filem Mentega Terbang, semalam.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata percakapan mereka dirakam kira-kira pukul 1 tengah hari di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
"Kes masih dalam siasatan pihak USJT dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jumaat lepas, PDRM telah merakam percakapan pengarah dan seorang pelakon filem tersebut di Bukit Aman yang dikendalikan USJT JSJ di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Filem Mentega Terbang, yang disiarkan secara percuma di platform penstriman digital, mendapat bantahan umat Islam di negara ini kerana didakwa mengandungi unsur-unsur pluralisme agama yang boleh menjejaskan akidah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mentega terbang
#selesai ambil keterangan
#penerbit dan pelakon
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan