PDRM siasat kes lelaki didakwa cedera akibat dipukul polis

PDRM membuka kertas siasatan berhubung kes di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan menegaskan tidak akan melindungi mana-mana individu yang didapati terlibat dalam insiden itu.
KUALA NERUS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan lelaki yang mengalami kecederaan akibat dipukul polis ketika Op Samseng Jalanan di Dungun baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dakwaan lelaki cedera akibat dipukul polis semasa Op Samseng Jalanan di Dungun.
- Ketua Polis Terengganu menegaskan siasatan dijalankan tegas di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan tanpa melindungi mana-mana individu yang terlibat.
- Meskipun terdapat video tular berkaitan kejadian, tindakan memukul tidak kelihatan; siasatan lebih terperinci dijalankan untuk mengenal pasti fakta sebenar.
"Siasatan dibuka di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Jika hasil siasatan mendapati dakwaan itu benar dan melibatkan anggota PDRM, saya tidak akan melindungi mana-mana pelaku dan tindakan tegas akan diambil," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Terengganu di sini hari ini.
Semalam, tular di media sosial hantaran yang memaparkan beberapa gambar seorang lelaki mengalami kecederaan, didakwa dipukul oleh anggota polis semasa operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Mengulas lanjut, Mohd Khairi berkata pihaknya mengesahkan terdapat satu video yang tular berkaitan kejadian lelaki yang didakwa cedera dipukul, namun perbuatan memukul seperti yang didakwa tidak kelihatan dalam rakaman berkenaan.
Beliau berkata bagaimanapun, dakwaan berkenaan tetap diambil serius dan siasatan akan dijalankan secara lebih terperinci bagi mengenal pasti fakta sebenar kejadian.
"Kita telah memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Dungun untuk menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam kes berkenaan.
"Ketika ini, siasatan masih diteruskan dengan memanggil pengadu bagi melengkapkan keterangan. Sekiranya terdapat saksi yang melihat kejadian terbabit, maklumat mereka juga akan diambil kira," katanya.
Beliau berkata siasatan masih berjalan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang sedang diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan lelaki yang mengalami kecederaan akibat dipukul polis semasa Op Samseng Jalanan di Dungun? A: PDRM sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan menegaskan tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat dalam insiden itu.
- Q: Apakah kandungan yang terdapat dalam hantaran media sosial yang mendedahkan kecederaan lelaki yang didakwa dipukul oleh anggota polis? A: Hantaran media sosial memaparkan gambar seorang lelaki mengalami kecederaan dan didakwa dipukul oleh anggota polis semasa operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa.
- Q: Bagaimanakah Polis Terengganu merespon dakwaan bahawa seorang lelaki dipukul oleh anggota polis berdasarkan video yang tular? A: Polis Terengganu mengesahkan terdapat satu video berkaitan kejadian lelaki yang didakwa cedera dipukul, namun perbuatan memukul tidak kelihatan dalam rakaman tersebut. Dakwaan tetap diambil serius dan siasatan lebih terperinci akan dijalankan untuk mengenal pasti fakta sebenar kejadian.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

