KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras tidak bercukai kastam dengan rampasan bernilai lebih RM98 juta menerusi tiga serbuan di Kuching, Sarawak, Selasa lepas.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata serbuan itu adalah hasil risikan bersama antara Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 5, Pasukan Gerakan Am Briged Sarawak dan Polis Kontinjen Sarawak.
Beliau berkata hasil serbuan itu, polis menahan lapan lelaki terdiri daripada tujuh rakyat tempatan dan seorang warga asing, selain merampas 40,469,600 batang rokok pelbagai jenis dan 44,716 kotak minuman keras tidak bercukai kastam.
“Turut dirampas dua jenis kenderaan dan lima unit telefon bimbit. Kesemua rampasan bernilai RM98,793,958.51.
Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Beliau berkata bagi tempoh 1 hingga 7 Jan lepas, PDRM menahan 91 individu serta merampas pelbagai barangan tidak berkastam, diesel bersubsidi serta haiwan dan hidupan liar bernilai lebih RM181 juta.
Hazani berkata kejayaan itu diraih PDRM menerusi tiga operasi iaitu Op Taring Alpha 1, Op Taring Alpha 2, Op Taring Bravo 1 dan Op Bersepadu Khazanah.
"PDRM sentiasa komited dalam memerangi kegiatan penyeludupan barangan tidak berkastam, penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi agar tidak berlakunya ketirisan hasil negara.
Kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa amatlah digalakkan agar kegiatan jenayah dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2024
Menerusi tiga serbuan di Kuching, Sarawak, pada 6 Feb lalu, polis merampas 40,469,600 batang rokok pelbagai jenis dan 44,716 kotak minuman keras tidak bercukai kastam. - Foto PDRM
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
PDRM tumpas sindiket seludup rokok dan minuman keras, rampasan bernilai lebih RM98 juta
Hasil serbuan itu, polis menahan lapan lelaki terdiri daripada tujuh rakyat tempatan dan seorang warga asing.
KDN lantik Hazani ketuai MCBA
Hazani menjadi ketua pengarah pertama kerana bertanggungjawab menubuhkan Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM).
Barangan bernilai hampir RM1 bilion berjaya dirampas tahun ini - JKDNKA
Rampasan melibatkan makanan sejuk beku, ubat-ubatan palsu serta barangan tidak berkastam, hidupan liar dan pelbagai barangan kawalan.
Khidmat Unit Anjing Pengesan FRU diaktifkan tahun depan
Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) yang akan digunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi penugasan di kawasan rusuhan bakal dilaksanakan awal tahun depan.
Pengarah KDNKA Bukit Aman beri amaran, tiada kompromi anggota terlibat rasuah, dadah
Hazani berkata, PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dengan rasuah dan dadah.
FRU akan guna khidmat anjing pengesan K9 di kawasan rusuhan
FRU diberi kelulusan untuk mendapatkan 10 ekor anjing K9 atau 'anjing rusuhan' bertujuan mengawal ketenteraman.
PRU15: Polis terima 3,417 laporan di seluruh negara - Hazani
Sebanyak 3,417 laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula dari 4 Nov hingga pascapilihan raya semalam.
PRU15: Beri kerjasama, elak provokasi ketika penamaan calon - PDRM
Selain 31,183 petugas beruniform dan tidak beruniform, PDRM juga akan menggerakkan aset dron bagi menjalankan pemantauan.
Datuk Seri Hazani Ghazali dilantik Pengarah Operasi PDRM untuk PRU15
Acryl Sani berharap semua Jabatan termasuk KDNKA menjalankan tugas menjaga keselamatan masyarakat dan ketenteraman awam.
Kelayakan Piala Asia 2023: Polis tingkat kawalan keselamatan
Menjelang perlawanan yang dijangka dihadiri 85,000 penonton itu, pihaknya juga akan memastikan SOP ditetapkan dipatuhi.