awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM umum pertukaran 13 pegawai kanan

Bernama
Bernama
26/02/2025
12:02 MYT
PDRM umum pertukaran 13 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 13 pegawai kanannya berkuat kuasa 7 April.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 13 pegawai kanannya berkuat kuasa 7 April.

Ringkasan AI
  • Berikut adalah senarai pertukaran pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa 7 April:
  • Datuk Ibrahim Darus dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman.
  • DCP Normah Ishak dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman dengan memangku pangkat CP.
  • SAC Saifullizan Ishak dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak dengan memangku pangkat DCP.
  • SAC Azman Abd Razak dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.
  • ACP Faizal Ibrahim dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Selangor.
  • ACP Nasri Mansor dilantik sebagai Ketua Staf Pasukan Khas Eastern Sabah Security Command, Kementerian Dalam Negeri dengan memangku pangkat SAC.
  • Supt Alhusin Halil dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah dengan memangku pangkat ACP.

Setiausaha Polis Malaysia Datuk Kamaruzaman Abdullah memaklumkan pertukaran itu antaranya melibatkan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman Datuk Ibrahim Darus yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman.
Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman DCP Normah Ishak pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman dengan memangku pangkat CP.
"Turut bertukar Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi) Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman SAC Saifullizan Ishak yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak dengan memangku pangkat DCP," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Penolong Pengarah E8A Cawangan Khas Bukit Aman SAC Azman Abd Razak pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.
Ketua Cawangan Khas Negeri Sembilan ACP Faizal Ibrahim dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Selangor manakala Timbalan Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kuantan Pahang ACP Nasri Mansor dilantik sebagai Ketua Staf Pasukan Khas Eastern Sabah Security Command, Kementerian Dalam Negeri.
"Kedua-dua mereka memangku pangkat SAC," katanya.
Kamaruzaman berkata pertukaran lain melibatkan Pegawai Turus (D9) Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Supt Alhusin Halil dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah dengan memangku pangkat ACP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#PDRM
#pertukaran pegawai kanan
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan