awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan

Bernama
Bernama
08/08/2022
15:33 MYT
PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 20 pegawai kanannya berkuat kuasa 12 Sept ini.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 20 pegawai kanannya berkuat kuasa 12 Sept ini.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin dalam kenyataan malam ini memaklumkan antaranya ialah Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman Datuk Baharuddin Ahmad yang akan ditukarkan ke jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman.
Beliau berkata Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri pula akan menggantikan Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang bersara wajib awal bulan ini sebagai Ketua Polis Perak.
"Jawatan Mohd Yusri akan digantikan oleh Komander 69 Komando, Pasukan Gerakan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ulu Kinta Perak Datuk Abdul Razak Mohd Yusoff dengan memangku pangkat DCP.
"Selain itu Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan dengan memangku pangkat SAC," menurut kenyataan itu.
Noorsiah berkata Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Bahagian sama dengan memangku pangkat DCP.
"Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling), Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Ghazali Daud dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) JIPS Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP," katanya.
Selain itu Noorsiah berkata Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) PDRM, Urusetia Pejabat KPN Bukit Aman SAC Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff pula dilantik sebagai Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku pangkat DCP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#pertukaran pegawai kanan
#Noorsiah Saaduddin
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan