Skip to main content

Malaysia

PDRM umum pertukaran tiga pegawai kanan, Aida Abdul Hamid dilantik Pengarah JIPS

Bukit Aman
Abdul Rahman Kassim berkata pertukaran itu melibatkan Datuk Aida Abdul Hamid, DCP Redzuan Abd Hamid dan Datuk Suryani Sungit. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran tiga pegawai kanan melibatkan jawatan pengarah dan timbalan pengarah di Bukit Aman.

Setiausaha Polis Malaysia DCP Abdul Rahman Kassim berkata pertukaran itu melibatkan Datuk Aida Abdul Hamid, DCP Redzuan Abd Hamid dan Datuk Suryani Sungit.

Advertisement

“Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Aida Abdul Hamid dilantik sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dengan memangku pangkat Pesuruhjaya Polis (CP).

“Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman DCP Redzuan Abd Hamid pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman dengan memangku pangkat CP,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Abdul Rahman berkata Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) JIPS Bukit Aman Datuk Suryani Sungit pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) JPJKK Bukit Aman.

--BERNAMA

Must Watch Video